MEDIA sosial kecoh dengan berita bintang Spiderman, Tobey Maguire, 49, yang dikatakan menjalin hubungan dengan seorang model, Lily Chee yang baru berusia 20 tahun.
Ia mula diperkatakan selepas pasangan itu dilihat bersama di sebuah parti anjuran jutawan, Michael Rubin, minggu lalu.
Peminat rata-ratanya terkejut dengan jarak usia 29 tahun antara mereka, apatah lagi Maguire mempunyai seorang anak perempuan yang hanya tiga tahun lebih muda daripada Chee.
Maguire sebelum ini berkahwin dengan Jennifer Meyer dan mempunyai dua anak iaitu Ruby, 17, dan Otis, 15. Pasangan itu bercerai pada 2017.
Gambar Maguire dan Chee di parti itu yang tersebar luas membuatkan ramai meluat, malah memanggil Maguire dengan gelaran predator (pemangsa).
Bagaimanapun, bekas isteri Maguire membelanya dengan menyatakan bahawa gambar itu telah disalah tafsir.
"Saya biasanya tidak akan komen tentang perkara karut seperti ini, tetapi dia (Maguire) ketika itu hanya membantu rakan menaiki keretanya," tulis Meyer di Instagram, sambil menambah bekas suaminya 'seorang lelaki yang baik'.
Chee disebut sebagai 'It Girl' terbaharu dalam dunia peragaan. Model dengan ketinggian 173 cm itu berdarah Malaysia di sebelah bapa, manakala ibunya warga Ireland dan Scotland.
Chee juga berkecimpung dalam bidang lakonan, di mana dia pernah membintangi siri Daredevil dan siri drama New Amsterdam.
Agensi
Fri Jul 12 2024

Peminat terkejut dengan jarak usia 29 tahun antara mereka, apatah lagi Maguire mempunyai seorang anak perempuan sebaya Chee.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pelakon Andrew 'Spiderman' Garfield nyata keprihatinan terhadap penderitaan Gaza
Andrew yang terkenal dengan watak sebagai Spiderman menyatakan bahawa masyarakat di dunia perlu memberi perhatian kepada rakyat Palestin di Gaza.

'Spiderman' sambut pelajar pada hari pertama sesi persekolahan
Para pelajar sangat teruja di hari pertama persekolahan terutamanya pelajar Tahun 5 dan 6.

'Spiderman Petai' tak peduli kata orang, gembira cari rezeki cara tersendiri
Bukan calang-calang, anak muda ini menjual petai sambil berpakaian seperti kostum adiwira kesukaan ramai.

'Spiderman' Turki bantu warga emas terjejas, warga tempatan gembira dengan 'adiwira' baharu
Usaha murni seorang pemuda dikenali Burak Soylu itu menjadi tarikan apabila dia meluangkan masanya untuk berbakti kepada warga emas yang berusia lebih 65 tahun.

Apa selepas 'Avengers: Endgame'? Ini senarai filem Marvel seterusnya
Apakah filem yang perlu kita nantikan bagi Fasa Empat selepas Infinity Saga dan Thanos?

Lelaki warga Pakistan jadi 'spiderman'
Terkejut apabila menyedari rumah yang diduduki diserbu, seorang lelaki warga Pakistan dengan pantas bertukar menjadi 'spiderman'

'Spiderman Paris' diberi kerakyatan terhormat Perancis
Mamoudou dihargai kerana aksinya memanjat balkoni sebuah kondominium sehingga ke tingkat empat untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak.

'Spiderman' selamatkan kanak-kanak tergantung di balkoni
Beberapa rakaman video kejadian pada petang Sabtu itu kini tular di media sosial dengan jumlah tontonan mencecah 5 juta.

Trailer 'Avengers: Infinity War' trending, peminat mula kongsi ramalan jalan cerita
Trailer 'Avengers: Infinity War' kini mendapat hampir 30 juta jumlah tontonan di laman YouTube Marvel Entertainment.

Tom Holland dan cerita seluar dalam Spider-Man
Filem terbaharu Spider-Man: Homecoming sedang heboh diperkatakan. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimanakah situasi sebenar pendukung watak utama menyarung sut badan itu?