FILEM terbaharu Spider-Man: Homecoming sedang heboh diperkatakan. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimanakah situasi sebenar pendukung watak utama menyarung sut badan itu?
Cerita Tom Holland, 2, yang melakonkan watak Peter Parker kali ini, dia dipaksa memakai seluar dalam jenis 'thong' di sebalik sut badan Spider-Man itu.
"Perkara pertama anda perlu tahu saya perlu pakai 'thong' di dalam kostum tersebut dan krew produksi memberikan pakaian itu sejak hari pertama penggambaran lagi.
"Walau tidak rela, saya terpaksa membiasakan diri memakainya," katanya dalam satu temubual bersama ShortList.
Tom berdepan detik sukar setiap kali mahu ke tandas.
"Saya perlu membuka kesemua kostum dan menyarung pakaian lain untuk ke tandas, takkanlah mahu pakai 'thong' sahaja untuk berjalan ke hulu hilir.
"Sesudah selesai saya perlu menyarung balik kostum itu dari awal.
"Apabila memakai sut Spider-Man saya akan senang dahaga jadi lebih keraplah saya ke tandas," ceritanya.
Apabila menyarung kostum itu, Tom hanya boleh meminum air menggunakan satu lubang kecil pada sut itu.
Tidak hairanlah, filem Spider-Man: Homecoming telah mengutip lebih AS$257 juta (RM1.1 bilion) sejak ditayangkan Khamis lalu.
Jadi, jangan terlepas peluang menonton aksi Tom memakai 'thong' dalam filem terbaharu Spider-Man: Homecoming di pawagam seluruh negara.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: ShortList
Gempak
Mon Jul 10 2017
HOLLAND: "Apabila memakai sut Spider-Man saya akan senang dahaga jadi lebih keraplah saya ke tandas."
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, media melaporkan satu lagi kejadian buli dilaporkan di UPNM membabitkan pelatih tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap dengan seterika oleh pelajar tahun empat.
Rusdi dilaporkan berkata, ketika kejadian mangsa sedang berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
Mangsa berusia 19 tahun dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak oleh seorang pelatih tahun tiga.

Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Situasi banjir di Terengganu tidak berubah pagi ini
Keadaan banjir di Terengganu tidak berubah dengan 29 mangsa ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman, setakat 8 pagi ini.
Saya hampir putus asa - Neymar dedah kecederaan ACL hampir paksa dirinya bersara
Penyerang Al-Hilal itu hanya bermain 29 minit sejak Oktober lalu, apabila dia mengalami kecederaan lutut yang serius.
Guardiola lanjut kontrak dua tahun lagi bersama Manchester City
Lanjutan kontrak itu menjadikannya pengurus City yang paling lama berkhidmat sejak Les McDowall pada 1963.
Harga santan cecah RM16 sekilogram
Peniaga mengakui terpaksa menaikkan harga santan sehingga RM2 berikutan berlaku kenaikan harga kelapa di peringkat pembekal.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
AF Megastar: Setiap kali naik pentas saya bagai dirasuk - Idayu
Bintang AF Megastar, Idayu akui tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata ketika sedang beraksi di Konsert AF Megastar Homecoming,malam tadi.
Tom Holland dan cerita seluar dalam Spider-Man
Filem terbaharu Spider-Man: Homecoming sedang heboh diperkatakan. Namun, pernahkah anda terfikir bagaimanakah situasi sebenar pendukung watak utama menyarung sut badan itu?