Garfield yang terkenal dengan watak sebagai Spiderman dalam filem, menyatakan bahawa masyarakat dunia perlu memberi perhatian kepada rakyat Palestin di Gaza.
“Kita patut bersama-sama dalam hal berkaitan nyawa seperti rakyat Gaza di Palestin. Mungkin kita perlu meletakkan jiwa dan tenaga mengenainya.
“Penderitaan, penindasan menjadi kebimbangan masyarakat dunia sekarang ini,” katanya ketika program bual bicara bersama pelakon, Josh Horowitz.
Rakaman pendek berdurasi 54 saat itu dimuat naik dalam laman sosial, Instagram Middle East Eye pada Jumaat.
Setakat 7 Oktober lalu, Israel telah mengakibatkan seramai 41,870 orang maut dengan 16,927 daripadanya kanak-kanak dan 11,487 wanita.
Serangan yang berlanjutan lebih setahun ini menyebabkan keadaan di Gaza lumpuh kerana kemudahan hospital, sekolah, jalan raya dan sebagainya musnah. -- Sinar Harian