FILEM terakhir bagi Fasa 3 Marvel Cinematic Universe (MCU), Avengers: Endgame, atau juga dikenali sebagai Infinity Saga, telah ditayangkan dan kebanyakan pertanyaan peminat telah pun terjawab.
Namun, satu persoalan masih kekal, apa pula selepas ini?
Lebih khusus lagi, apakah filem-filem yang bakal dikeluarkan MCU bagi Fasa 4 selepas Infinity Saga dan Thanos?
#1. Spider-Man: Far From Home (2019)
Filem solo kedua Spider-Man (Peter Parker) ini bakal ditayangkan di pawagam dua bulan selepas Avengers: Endgame.
Memang sudah dijangkakan Peter akan kembali, dan berdasarkan treler, filem solo ini dijangka akan memberi sedikit humor yang diperlukan selepas ketegangan yang berlaku dalam Infinity War dan Endgame.
Seperti dalam tajuk, perjalanan Peter kali ini akan membawanya jauh dari tempat tinggalnya, New York City, melintasi Atlantik ke Eropah.
'Spider-Man: Far From Home' dijadual muncul di pawagam pada 2 Julai, 2019.
#2. Black Widow
Sudah bertahun-tahun Marvel berbisik tentang filem solo Black Widow yang dibintangi Scarlett Johansson.
Filem yang mengisahkan tentang perisik, Natasha Romanoff itu akan diarahkan oleh Cate Shortland.
Pelakon-pelakon lain yang telah disahkan turut serta dalam filem tersebut adalah Florence Pughda dan O. T. Fagbenle manakala Rachel Weisz dan David Harvey.
Filem ini dikatakan sebuah filem prequel, yang bermaksud filem ini mungkin akan fokus kepada kehidupan Romanoff sebelum dia menyertai S.H.I.E.L.D.
Tarikh pengeluaran filem ini masih belum ditetapkan, namun dengan penggambaran yang dijadualkan bermula pada Jun 2019, peminat boleh menjangka filem ini ditayangkan seawal-awalnya tahun 2020.
#3. The Eternals
Perbincangan mengenai filem The Eternals bermula pada 2018 dan pada bulan September, Chloe Zhao disahkan sebagai pengarah filem tersebut.
Angelina Jolie dilaporkan akan memainkan peranan utama sebagai Sersi. Selain itu, filem itu turut dibintangi Kumail Nanjiani.
Filem itu dikatakan akan fokus kepada kisah cinta antara Sersi dan Eternal yang lain bernama Ikaris.
Penggambarannya akan bermula pada Ogos 2019, dan ia dijangka akan ditayangkan seawal-awalnya pada tahun 2020.
#4. Doctor Strange (Mei 2021)
Dr Strange kembali beraksi selepas beberapa detik mencemaskan dalam Infinity War dan Endgame.
Rachel McAdams, Benedict Wong, dan Chiwetel Ejiofor akan turut kembali melakonkan watak mereka dalam filem MCU itu.
Selain itu, Scott Derrickson, yang mengarahkan filem Doctor Strange pertama, juga akan kembali.
Kali ini, penguasa jahat Dream Dimension, Nightmare dikhabarkan akan menjadi antagonis utama.
Penggambaran dirancang untuk bermula pada awal tahun 2020, dengan tarikh 'release' pada Mei 2021.
#5. Black Panther 2 (2021)
Rancangan untuk filem sekuel Black Panther diumumkan sebulan selepas pengeluaran filem Black Panther pertama.
Ryan Coogler kembali sebagai pengarah dan Chadwick Boseman serta Letitia Wright disahkan akan kembali dengan watak masing-masing sebagai T'Challa dan Shuri.
Butiran plot tidak diketahui, namun terdapat khabar angin bahawa Killmonger akan kembali.
Penggambaran akan bermula pada akhir 2019 hingga awal 2020, bermaksud Black Panther 2 tidak akan muncul di pawagam sehingga 2021.
#6. Shang-Chi
Shang-Chi akan menjadi filem adiwira yang diterajui watak orang Asia pertama.
Sama seperti Iron Fist, watak Shang-Chi dicipta ketika zaman kegilaan kung fu pada tahun 1970-an.
Masih tiada maklumat muktamad atau plot mengenai Shang-Chi atau sebarang jadual produksi, tetapi ada khabar angin mengatakan penggambaran filem ini akan dilakukan di Sydney.
#7. Guardians Of The Galaxy Vol. 3 (2021)
Kemungkinan filem ini akan fokus kepada pencarian Gamora, berdasarkan adegan akhir filem Avengers: Endgame Peter Quill memandang ke arah hologram wanita itu.
Thor juga diliihat menyertai kumpulan Guardians, jadi adakah ada kemungkinan dia akan muncul dalam filem tersebut meskipun kontraknya dengan Marvel Studios sudah pun berakhir selepas Endgame? Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Bagaimanapun, penggambaran untuk Guardians of the Galaxy Vol. 3 tidak akan bermula sehinggalah pengarah filem itu, James Gunn selesai dengan penggambaran The Suicide Squad yang kini dijadualkan untuk bermula pada 2019 dan ditayangkan pada 6 Ogos 2021.
Agensi
Tue Apr 30 2019
Walaupun filem Avengers: Endgame telah ditayangkan, satu soalan masih kekal, apa pula selepas ini?
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Wakanda Forever! Montaj khas Black Panther hadiah Disney buat Chadwick Boseman
Ia merupakan sebagai satu tanda penghormatan kepada Chadwick Boseman yang meninggal dunia akibat kanser usus.
Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter
Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat likes paling banyak dalam sejarah Twitter.
'Rest in power, King' - Pemergian Chadwick Boseman ditangisi rakan artis
Kematian Boseman diratapi komuniti kulit hitam yang menganggap beliau seorang legenda dalam memperjuangkan nasib golongan itu.
'Black Panther' Chadwick Boseman meninggal dunia akibat kanser usus
Mendiang dilaporkan berada bersama isteri dan ahli keluarganya sewaktu menghembuskan nafas yang terakhir.
Apa selepas 'Avengers: Endgame'? Ini senarai filem Marvel seterusnya
Apakah filem yang perlu kita nantikan bagi Fasa Empat selepas Infinity Saga dan Thanos?
Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik
Black Panther, The Favourite, Bohemian Rhapsody, Green Book, Roma, A Star Is Born dan Vice dalam senarai Filem Terbaik.
Terlebih sendat, Serena Williams dilarang pakai seragam 'Black Panther'?
Jika diikutkan sebelum ini sudah heboh yang mengkritik penampilan terbaharu jaguh tenis dunia Serena Williams yang lagaknya seperti seorang wirawati.
Serena Williams harap jadi inspirasi kepada ibu di seluruh dunia
Williams buktikan usia dan status sebagai ibu bukan halangan untuk berjaya dalam bidang yang diceburi.
Cayalah! Hero Black Panther akui belajar Silat Harimau untuk aksi tempur
Filem Black Panther terbitan Marvel Studios punya kaitan dengan seni mempertahankan diri Nusantara iaitu silat.
Hebatnya penangan Black Panther, sampai Michelle Obama turut teruja
Menurut Michelle, filem arahan Ryan Coogler ini bukan sekadar hiburan tetapi mampu cetus inspirasi kepada setiap insan tanpa mengenal latar belakang.