Terdahulu, Remy mengemas kini akaun Twitternya dengan mengajukan soalan kepada peminatnya jika berpeluang bercuti bersama-sama.
Tulis Remy; "Jika anda seorang peminat dan berpeluang untuk bercuti bersama saya, apakah yang akan anda lakukan sepanjang perjalanan."
Entri Remy sekitar pukul 9 pagi semalam mendapat pelbagai respons daripada peminatnya yang rata-rata teruja untuk bercuti bersama-sama pelakon filem Cun itu.
jika anda seorang peminat & berpeluang utk travel bersama saya, adakah gembira? dan apakah yg akan anda lakukan sepanjang perjalanan?
— Remy Ishak (@remy_ishak) November 27, 2017
Bagaimanapun, lewat petang semalam Fathia tidak melepaskan peluang untuk berkongsi perkara yang ingin dilakukan dengan Remy sekiranya berpeluang bercuti bersama.
"Saya akan tenung je muka awak sampai tertidur," tulis Fathia ringkas sekitar pukul 7 petang semalam.
Saya akan tenunggg je muka awak sampai tertidur :P https://t.co/T0yD7yHdq1
— Nur fathia Latiff (@fatiyalatiff) November 27, 2017
Reaksi Fathia yang bersifat gurauan itu dengan pantas mendapat kicau semula (retweet) dan tanda suka (likes) daripada peminatnya.
Lebih menarik, status itu mendapat respons daripada bekas kekasih Remy, Tiz Zaqyah yang hanya menulis "Uish".
Malah, peminat juga kembali mengingatkan Fathia bahawa Remy sudah berstatus tunangan orang dan memohon agar pelakon itu untuk 'move on'.
"Tunang orang tu," tulis @baniey_arbi90.
"Dah boleh move on ah Fathia," balas @Izshaziera.
Menurut kemas kini akaun Instagram Remy, pelakon itu kini sedang bercuti di New Zealand selepas penggambaran drama bersiri di Bangka Belitung, Indonesia sejak awal November.