SELEPAS perang status Instagram antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, kawan baik Fathia, Zarina Anjoulie pula tampil menunjukkan bukti.

Menerusi Instastories akaun Instagram peribadinya, Zarina menyiarkan bukti perbualan Whatsapp antara Fathia dan Aiman berhubung isu hutang.

"I don't fight with girls, come and see me. Don't ruin my relationship with my girl.

"Are you happy now buat I dengan kawan-kawan I gaduh and you keep on acting innocent. You are such a loser @aimanhakimredza," tulisnya.

BACA: "Duit aku bila nak bayar?" - Fathia Latiff tuduh bekas kekasih, Aiman Hakim

Malah, Zarina turut terkilan dengan tindakan Sharifah Sakinah dan meminta maaf atas tindakan keterlaluan Fathia.

"Sakinah you are my friend, she is my friend. I bukan nak back up siapa-siapa but I saw the messages Aiman pasal duit tu.

"Nanti Anju screenshot send kat awak. But yes, maybe she took it too far by posting for that I minta maaf on behalf of her," tambahnya.




Petang semalam, Fathia bertindak agresif dengan memuat naik sekeping gambar bekas teman lelakinya, Aiman, bersama kapsyen meminta semula duit yang dipinjam.

Bagaimanapun, selepas beberapa ketika pelakon itu memadamkan gambar berkenaan dan memuat naik puluhan gambar bersama keluarga.

Tindakan itu mendapat reaksi daripada rakan-rakan rapat Aiman termasuk Sharifah Sakinah dan Michael Ang.

Malah, Aiman sendiri mengemaskini entri Instagramnya dengan menjelaskan dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa.