PELAKON Fathia Latiff sekali lagi mengundang kontroversi apabila mendedahkan bekas kekasihnya, aktor Aiman Hakim Ridza tidak membayar hutangnya.

Menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram, Fathia memuat naik sekeping foto Aiman dan menggelarkan pelakon itu dengan panggilan dayus.



"Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak. Dayus detected #rempitmodeon," tulis Fathia.

Ni lagi sorang! Duit aku bila nak bayar? Pastu bila mintak duit block call. Kalau hensem takpe la jugak.Dayus detected #rempitModeOn @aimanhakimredza

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on


Walau bagaimanapun, Fathia menutup ruangan komen di entri tersebut.

Sebelum ini, Fathia pernah menjalin hubungan cinta dengan Aiman selama beberapa tahun tetapi jodoh mereka tidak berpanjangan.