PENYANYI Ismail Izzani menyangkal dakwaan netizen bahawa dia mengambil kesempatan terhadap kontroversi melandanya baru-baru ini bagi mempromosikan single terbaharu, Bidadari.
Ismail menjelaskan isu panas tersebut tidak memberi sebarang kebaikan kepada kariernya malah ia hanya mencalarkan imej dan maruahnya sebagai penyanyi.
"Saya tak perlu gimik-gimik macam ini untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja.
"Sebaliknya, boleh menutup punca rezeki saya sebagai penyanyi, ia bukan gimik yang direka-reka dan saya tak perlu kontroversi itu!," katanya kepada mStar Online.
BACA: 'Mael, duit aku mana? Aku ni dahlah janda' - Zarina Anjoulie akhirnya buka mulut
BACA: Artis jatuhkan artis: Ismail Izzani baru percaya cakap mama
BACA: Sakit, tapi bukan mengandung dengan Ismail Izzani - Zarina Anjoulie
Ismail diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya dia mencipta kontroversi tersebut bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.
Sebelum ini, penyanyi berusia 18 tahun ini menjadi bualan hangat netizen apabila aktres Fathia Latiff berkongsi foto di laman Instagram memperlihatkan Ismail seakan-akan sedang memeluk Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam.
Selepas tersebarnya gambar berkenaan, Ismail membuat permohonan maaf dan memberitahu akan dia akan berkongsi cerita sebenar apabila tiba waktunya kelak.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sabar ini memberitahu pelancaran single baharunya itu terpaksa ditunda disebabkan kontroversi tersebut.
"Kalau ikut perancangan bulan ini lagu itu dilancarkan tapi sebab isu-isu begini terpaksa ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Sekarang ni saya nak rileks dulu dan biar benda ni selesai, baru kita akan fokus dengan kerja.
"Mujurlah syarikat label muzik memahami situasi yang sedang berlaku dan mereka terus memberikan sokongan kepada saya," katanya.