EPISOD pertama 'Game of Thrones' mampu catat rekod tontonan lebih tinggi jika semua yang menontonnya berbuat demikian secara sah.
Episod yang bertajuk 'Winterfell' merupakan episod pertama musim kelapan 'Game of Thrones' yang juga merupakan musim terakhir drama bersiri epik itu malangnya dicetak rompak 54 juta kali dalam masa 24 jam.
Turut menyedihkan apabila kesemua tujuh musim terdahulu 'Game of Thrones' telah mencatat rekod antara 25 rancangan televisyen yang paling banyak dicetak rompak di dunia pada bulan ini, dedah sebuah syarikat analitik yang mengkaji amalan cetak rompak digital Muso.
"Walaupun berdepan serangan lanun cetak rompak, episod itu tetap mencatatkan jumlah tontonan 17.4 juta menerusi platform HBO (linear, HBO Now dan HBO Go).
"Ia memecahkan jumlah tontonan terdahulu pada 16.9 juta yang dirakamkan oleh episod akhir musim ketujuh," jelas CEO Muso, Andy Chatterley
Episod berkenaan paling banyak dicetak rompak di India iaitu sebanyak 9.5 juta kali, diekori China 5.2 juta kali.
Astro Awani
Wed Apr 17 2019
Episod yang bertajuk "Winterfell" merupakan episod pertama musim kelapan "Game of Thrones" yang juga musim penghabisan drama bersiri epik itu malangnya dicetak rompak 54 juta kali dalam masa 24 jam.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
Episod pertama 'Game of Thrones' dicetak rompak 54 juta kali dalam 24 jam
Episod yang bertajuk "Winterfell" merupakan episod pertama musim kelapan "Game of Thrones" yang juga musim penghabisan drama bersiri epik itu malangnya dicetak rompak 54 juta kali dalam masa 24 jam.