VOKALIS kumpulan Seventeen, Riefan Fajarsyah atau Ifan memberi respon pedas apabila netizen mencadangkan dirinya mengahwini balu-balu anggota kumpulan Seventeen yang terkorban dalam tragedi tsunami di Selat Sunda hujung tahun lalu.




BACA: 'Yuk kita pulang Dylan Sahara' - Luluh hati vokalis Seventeen sahkan isteri turut terkorban


Ifan merupakan satu-satunya anggota kumpulan Seventeen yang terselamat selepas dua pemain gitarnya, Herman Sikumbang (Herman) dan Muhammad Awal Purbani (Bani) serta pemain dram, Windu Andi Darmawan (Andi) disahkan terkorban dalam tragedi itu.

Isteri Ifan, Dylan Sahara juga meninggal dunia dalam nahas yang terjadi pada 22 Disember lalu.

Terdapat segelintir netizen yang mencadangkan agar Ifan berkahwin dengan balu kepada Herman, Juliana Moechtar dan balu kepada Bani, Cindri Wahyuni.

Tidak bersetuju dengan saranan terbabit, Ifan memberikan respon terhadap cadangan itu.