Pihak wartawan yang cuba menghubungi Nurhidayah melalui WhatsApp cuma mendapat jawapan daripada abangnya, Azmier yang juga menjadi pembantu peribadinya.
Kiriman WhatsApp tersebut memohon agar orang ramai berdoa untuk dirinya dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.
"Mohon maaf ya, saya wakil keluarga dan Hidayah tak dapat nak beri apa-apa penjelasan/kenyataan kepada mana-mana pihak media berkenaan hal yang tengah panas ni buat masa sekarang.
"Bagi menghormati Hidayah yang sedang menjalani tempoh edah, mohon sama-sama doakan dia dan anaknya Hamzah baik-baik sahaja. Maaf sekali lagi dari pihak saya, Hidayah dan keluarga," tulis kiriman WhatsApp tersebut.
BACA: "Dia nak pegang ayah dia kat skrin telefon itu" - Netizen sebak lihat anak Abam tonton video arwah ayahnya
Sebelum ini ramai yang terkejut dengan apa yang dikongsi oleh Nurhidayah menerusi siaran langsung di Facebook dan Instagram seorang usahawan.
Perkara tersebut menimbulkan kemarahan kepada adik arwah Abam, Ali Puteh sehingga terkeluar kata-kata yang tidak sepatutnya.
Baca: “Saya Cabar Dia Bersemuka Dengan Saya” – Ali Puteh Terkilan, Tindakan Aliff Syukri Guris Hati Ibu
Namun petang semalam, Ali Puteh tampil dalam satu sidang media dan membuat permohonan maaf kepada kakak iparnya atas keterlanjuran status yang ditulis di Instagram miliknya.
Baca: Ali Mohon Maaf Kepada Kakak Ipar, Sedia Undur Diri Dari Dunia Seni