Sambutan lebaran tanpa orang tersayang di sisi pastinya memberi kesan yang mendalam kepada setiap individu terutamanya apabila insan tersebut telah pergi buat selamanya.
Bagi balu kepada Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, Siti Nurhidayah pengalaman pertama meraikan Hari Raya Aidilfitri tanpa suami sungguh memilukan.
Menerusi kemas kini di Instagram Allahyarham Abam, ibu tunggal berusia 28 tahun itu berkata, dia ditemani anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery pada raya tahun ini.
“Tahun lepas beraya dengan arwah, Hamzah masih dalam kandungan saya. Tapi tahun ini sekelip mata arwah tinggalkan kami.
“Terasa sedih dan sayu sangat hati ini. Tak dapat nak gambarkan bila pagi raya pakaikan baju Hamzah, terasa pilu sangat.
“Abang, sayang rindu sangat dengan abang. Sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah,” demikian tulisnya dalam entri tersebut, pada Selasa.
Hidayah menambah, hanya gambar nikah dia dan pelawak popular itu sahaja yang mampu mengubat rindu terhadap Allahyarham suaminya
“Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama-sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami.
“Hanya Allah SWT yang tahu perasaan sayang. Sayang doakan abang tenang di sana dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai ke syurga,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia turut memaklumkan Instagram Abam telah digodam sejak beberapa minggu lalu sebelum ia berjaya dibuka semula.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Abam, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin, 10 Februari tahun ini akibat demam panas.
Astro Awani
Tue May 26 2020

Hidayah menambah, hanya gambar nikah dia dan pelawak popular itu sahaja yang mampu mengubat rindu terhadap Allahyarham suaminya. Gambar - Instagram Abam_Bocik

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Enggan terima 'cash' RM75,000 Ali Puteh, peguam Hidayah beri penjelasan
Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali enggan menerima pembayaran wang saman fitnah yang dibuat Ali Puteh disebabkan faktor keselamatan.

Hidayah, anak terkena sihir sejak Abam Bocey meninggal dunia
Mereka berdepan dengan masalah itu semenjak arwah suaminya meninggal pada Februari 2020 dan ia berlarutan sehingga kini.

Tiga tahun berlalu, Fad masih terasa dengan pemergian Abam
Susah senang Fad dengan arwah Abam tiada siapa yang tahu...

"Jual ayam bukan sebab..." - Ali Puteh mahu tutup buku lama
Ada mendakwa puncanya dia perlu membayar wang yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap bekas balu abangnya.

Ali Puteh diperintah bayar RM60,000 kepada kakak ipar
Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Ibu Abam Bocey, Ali Puteh selamat dikebumikan
Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).

'Sayang sedih sangat, sebab sepatutnya kita sambut hari raya bersama' - Isteri Abam Bocey
Hidayah menambah hanya gambar nikah dia dan pelawak popular itu sahaja yang mampu mengubat rindu terhadap Allahyarham suaminya.

'Buat Allahyarham suamiku, hari ini genap sebulan Abang meninggalkan kami' - Isteri Abam Bocey
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengenang pemergian suaminya yang sudah genap sebulan meninggal dunia.

'Abang Achey jangan sedih ...' Murid Darjah 5 utus surat, doakan Abam tenang
Hampir sebulan, pemergian Allahyarham Abam Bocey masih dirasai hingga kini. Terbaharu, rakan baik Abam, Achey menerima sepucuk surat dari sekumpulan murid darjah lima menitipkan doa buat arwah.

Februari pun berlalu... ini imbasan isu gempar yang berlaku
Ini rangkuman beberapa topik menarik yang berlaku sepanjang Februari.