PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan pihak polis dan kerajaan untuk mengetepikan ganti rugi RM450,000 yang diberikan kepada balu serta anak lelaki seorang tahanan yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan polis, tujuh tahun lepas.
Peguam Haresh Mahadevan, yang mewakili M.Vimala Devy dan S.Thusataran, memaklumkan Bernama bahawa panel tiga hakim diketuai Datuk Lee Swee Seng memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu.
Beliau berkata Lee turut memutuskan bahawa kecederaan yang dialami oleh suami Vimala iaitu M.Segar tidak dapat disangkal berdasarkan keterangan oleh pakar patologi forensik.
Turut bersidang ialah Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Azizul Azmi Adnan.
Haresh memaklumkan Lee berkata pihak polis juga enggan memberikan rakaman kamera litar tertutup berhubung apa yang sebenarnya berlaku kepada Segar di dalam lokap dan bilik soal siasat di Ibu Pejabat Daerah Polis Port Dickson.
Beliau berkata Lee turut memerintahkan agar kos RM15,000 diberikan kepada Vimala dan anaknya.
Pada 8 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi Seremban memutuskan bahawa defendan telah cuai kerana gagal memastikan keselamatan Segar semasa dia berada dalam tahanan mereka.
Pesuruhjaya Kehakiman Wan Fadhilah Wan Idris telah memberikan ganti rugi teruk sebanyak RM200,000 kepada Vimala dan anaknya selain RM150,000 bagi misfeasan pegawai, RM63,000 bagi kehilangan tanggungan, RM30,000 bagi kedukacitaan dan RM3,780 bagi perbelanjaan pengebumian.
Menurut pernyataan tuntutan, Vimala dan Thusataran berkata Segar yang bekerja sebagai pembantu gerai makan serta rakannya telah ditahan polis pada 17 April 2017 atas dakwaan terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja'afar mendapati kematian Segar adalah disebabkan antaranya oleh kecederaan tisu dalaman akibat trauma tumpul.
Peguam Kanan Persekutuan Siti Syakimah Ibrahim dan Peguam Persekutuan Syafiq Affandy Hassan mewakili pihak polis serta kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 14 2024

Panel tiga hakim memutuskan bahawa tiada alasan kukuh untuk mengganggu penemuan fakta yang dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman dalam kes itu. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rayuan kerajaan berhubung pelarasan pencen ATM diputuskan pada 6 Mei
6 Mei ditetap sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan mengenai keputusan yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang bersara sebelum 1 Jan 2013.

Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan Trump tangguh jatuh hukuman
Ia berhubung sabitan dalam kes jenayah berkaitan bayaran 'duit menutup mulut' kepada seorang bintang lucah.

Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.

Titah Adendum: Jangan ada berlagak hero berjuang untuk Najib - Puteri UMNO
Nurul Amal berkata, ini kerana UMNO melalui kepimpinan parti sudah lama mengusahakan agar keadilan diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Titah Adendum: Najib beri isyarat ‘thumbs up' - Peguam
Keputusan mengenai Najib menjalani hukuman penjara di rumah bergantung kepada Hakim Mahkamah Tinggi, dan keputusan mungkin dibuat dalam tempoh sebulan.