KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin yang dilaporkan kritikal sudah mula memberikan maklum balas yang positif.
Astro AWANI dimaklumkan, kandungan Siti Sarah yang kini berusia tujuh bulan juga stabil.
Sehubungan itu, doktor dijangka melakukan pembedahan sekitar pukul 2 petang ini untuk mengeluarkan kandungan isteri kepada pelawak Shuib itu.
"Alhamdulillah sebaik selesai bacaan Yassin buat Siti Sarah sebentar tadi, doktor menghubungi Shuib dan memaklumkan Siti Sarah sudah kembali stabil.
"Insya-Allah pukul 2 petang ini doktor akan melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi dalam kandungannya," kata pengurus Siti Sarah, Nana Mohamad Rom kepada Astro AWANI.
Siti Sarah yang dijangkiti wabak COVID-19 sebelum ini dikejarkan ke hospital dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara.
Suaminya, Shuib memohon semua pihak agar dapat bersama-sama mendoakan isterinya diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kesihatan.
Menurut Shuib, sebolehnya dia enggan memikirkan perkara yang bukan-bukan ketika ini selain mengharapkan ihsan daripada Allah semoga isterinya dapat segera pulih.
BACA: COVID-19: Siti Sarah kritikal, bacaan Yasin dan doa diadakan - Pengurus
Kata Shuib, doktor sudah memaklumkan kepadanya untuk 'menidurkan' isterinya buat sementara waktu kerana keadaannya yang kritikal.
"Mohon doakan isteri saya. Semoga Siti Sarah dapat melalui proses koma dengan kuat dan dapat melawan kesakitan.
"Semoga tahap oksigen dan paru-paru dia kembali normal. Selepas proses itu, barulah doktor akan memikirkan langkah untuk membawa bayi dalam kandungan
"Saya harapkan semua orang agar dapat mendoakan isteri saya melalui dugaan ini," kata Shuib.
Shuib berkata demikian semasa berkongsi status isterinya yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara dalam majlis bacaan Yassin buat Siti Sarah melalui Google Meet sebentar tadi.
Majlis bacaan Yassin itu dipimpin oleh Imam Muda Asyraf dan sertai oleh hampir 100 kenalan pasangan suami isteri itu.
Siti Sarah yang kini hamil tujuh bulan dikejarkan ke hospital pada Rabu selepas positif COVID-19.
Astro Awani
Fri Aug 06 2021

Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke hospital pada Rabu lalu, selepas kadar oksigennya dilaporkan menurun. - Sumber foto IG Siti Sarah

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nama arwah Siti Sarah diabadikan di Rumah Anak Yatim Baitul Sakinah As-Shariff
Nama Allahyarham Siti Sarah diabadikan di sebuah ruang solat dan dewan rumah anak-anak yatim Baitul Sakinah As-Shariff, Pelabuhan Klang.

"Rindu ini tak pernah habis" - ucapan Shuib sempena ulang tahun perkahwinan dengan arwah Sarah
Enam bulan setelah pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ternyata perasaan sayang dan rindu terhadap arwah masih tetap kuat di hati Shuib dan anak-anaknya.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah dijangka dikebumi selepas jam 1 tengah hari ini
Van membawa jenazah Allahyarham tiba di tanah perkuburan pada jam 12.35 tengah hari dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

COVID-19: Siti Sarah dan kandungan stabil
Pelawak dan usahawan Shuib memohon semua pihak agar dapat bersama-sama mendoakan isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kesihatan.

Tahap oksigen menurun, Siti Sarah masuk hospital
Siti Sarah Raisuddin dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) selepas tahap oksigen menurun.

Orang rumah aku ada anxiety, keluarga aku jangan usik... - Shuib Sepahtu bengang Siti Sarah diejek
Yang mengejek pun sudah-sudahlah!

Shuib tawar diri jadi pembantu Mutawwif
Menurut Shuib, sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah, dia dan Siti Sarah Raisuddin ada merancang untuk membuat umrah sekali lagi dan cuba untuk mengerjakan ibadah umrah dua kali setahun.

'Shuib pernah tanya, sanggup ke bersusah-susah hidup dengan I? Jawapan saya, tidak!' - Sarah
Penyanyi yang kian terkenal dengan lagu 'Semakin', Siti Sarah Raisuddin berkongsi memori bersama suaminya, Shuib Sepahtu sebelum mereka bernikah.

Siti Sarah dedah kenapa baru kenal Shuib dia dah sanggup nikah
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, mencuri perhatian netizen apabila berkongsi detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib.

Lima momen romantis di majlis persandingan Shuib, Siti Sarah
Pasangan Shuib dan Siti Sarah Raisuddin telah diraikan dalam satu majlis persandingan yang cukup meriah dan romantis di Bora Ombak, Marina Putrajaya malam semalam.