HANYA dengan menegur "Hi Twitter! I'm here" tidak pasal-pasal Siti Sarah Raisuddin diejek segelintir warga Twitter sebagai isteri kepada fenomena Ysuku.

'Serangan' tersebut membuatkan Siti Sarah berasa sedih dan tidak faham dengan perangai segelintir warga Twitter.

"Astaghfirullahhalazim. Baru buka Twitter dapat serangan yang macam ni? Dia orang ni tak faham ke I ada anxiety?

"Sedih kadang segelintir orang yang macam ni yang nak serang isteri, anak orang. Takpalah saya doakan agar korang berdua dimurahkan rezeki supaya apa segala hajat korang dapat beli Insyallah.

"Saya doakan juga moga korang diberi kebahagiaan supaya senang dengan kebahagiaan orang lain, dibukakan pintu rahmat buat kalian sekeluarga amin amin amin ya robbal alamin," tulis Siti Sarah pada entri di Instagramnya.

Astagfirlahhalazim .. baru bukak Twitter.. dapat serangan yg macam ni? Die org ni tak faham ke i ada anxiety? Sedih kadang segelintir org yg macam ni.. yg nak serang isteri , anak org .. tak pe lah saya doakan agar korang berdua dimurahkan rezeki supaya apa segala hajat korang dapat beli insyallah, saya doakan juga moga korang diberi kebahagiaan supaya senag dengan kebahagiaan org lain, dibukakan pintu rahmat buat kalian sekeluarga amin amin amin ya robbal alamin..

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


Melihatkan entri Instagram isterinya, Shuib Sepahtu tidak berdiam diri dan memuat naik kembali entri tersebut di Instagram miliknya.

"Sudah-sudah lah kot isu 'Fenomena' ni, nak dijadikan bahan ejekan ke atau macamana bro?

"Orang rumah aku @sitisarahraissuddin ni ade anxiety, jadi rasanya tak perlu kaitkan dia kot eh," tulis Shuib sambil meletakkan hashtag #keluargaakujanganusik

BACA: Individu ubah suai motosikal tanpa kebenaran berdepan tindakan sita

BACA: JPJ nafi dakwaan buru pemilik Ysuku modifikasi sahaja

BACA: "Macam Perarakan Hari Merdeka Je..." - Zizan Razak Perli 'Rekaan Terbaru' Motosikal Shuib... Lawak!

Ramai netizen yang meninggalkan komen agar Shuib bersabar, termasuklah pelakon kacak Remy Ishak.

"Kau nak aku hentak budak-budak ni ke Sudin? Sabar ye din. Nanti aku dengan Pak Imam pegi kutip budak-budak ni. Kau relax je," komen Remy dalam nada bergurau.

Sudah2 la kot isu “Fenomena” ni,,nak dijadikan bahan ejekan ke atau mcmana bro??? Orang umah aku @sitisarahraissuddin ni ade anxiety,jd rasanya tak perlu kaitkan dia kot eh,,, #keluargaakujanganusik!

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on


Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkahwin dengan Siti Sarah Raisuddin pada Februari 2011 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.