BEKAS isteri kepada pelakon dan pengarah Aziz M. Osman iaitu Puteri Lily mengakui dia sudah berusaha yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga mereka yang dibina sejak 13 tahun lalu.
Menganggap dugaan mematangkan diri, Puteri Lily memberitahu dia mempersiapkan mental dan fizikal sebelum meneruskan keputusan untuk bercerai.
"Bila hidup ini rasa I’m done dan sudah berusaha buat yang terbaik, rasa sudah sampai limit, dah tak nampak jalan untuk selesaikan lagi.
"Saya sudah bersedia dari sudah mental dan fizikal barulah kami teruskan untuk bercerai. Selebihnya tidak boleh dikongsikan kepada umum apa sebab terperinci.
"Dugaan ini sebenarnya mematangkan saya, semua orang mahu pertahankan rumah tangga mereka, dah cuba sehabis mungkin. Tapi bila ada pula topik lain, saya rasa sudah, cukup!
"Tempoh 13 tahun sebenarnya agak lama untuk kami bertahan, ia bukan mudah juga sebenarnya.
"Alhamdulillah, Allah permudahkan sampai di sini," katanya menerusi temu bual bersama program hiburan baru-baru ini.
Tambah Puteri Lily yang juga seorang penerbit, keputusan itu merupakan jalan terbaik dan perasaan mereka juga menjadi lebih tenang selepas disahkan bercerai.
"Bila tiada sefahaman, lebih baik berpisah secara baik. Mungkin kami berdua gagal sebagai pasangan hidup, namun sebagai kawan, insya-Allah kami baik.
“Tiada orang yang inginkan perceraian, kalau berlaku perceraian itu akan menjadi fasa terendah dalam hidup mereka. Ini (cerai) adalah keputusan terbaik untuk anak-anak juga.
“Kalau ibu bapa ada konflik itu tidak bagus untuk anak-anak. Apabila kami berdua sudah bercerai, Alhamdulillah kami rasa tenang.
"Anak pun okey dan dilihat sangat berlapang dada menerima keputusan ini," ujarnya.
Sementara itu, disoal adakah berpisah disebabkan wujud orang ketiga, Puteri Lily berkata dia enggan untuk mengulas lanjut kerana sudah berjanji dengan anak sulungnya, Puteri Nur Azzahra.
Terdahulu, Puteri Lily menerusi hantaran di Instagram Stories memaklumkan dia sudah pun bercerai dengan Aziz sejak bulan lalu.
Untuk rekod, Puteri Lily dan Aziz mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2010 dan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Aziz.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Puteri Nur Azzahra, 12, dan Putera Muhamad Aryan, 5. -Gempak
Gempak
Wed Aug 16 2023

Menganggap dugaan mematangkan diri, Puteri Lily memberitahu dia mempersiapkan mental dan fizikal sebelum meneruskan keputusan untuk bercerai. -Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Bila tak sefahaman, lebih baik berpisah' - Bekas isteri Aziz M Osman enggan ulas isu orang ketiga
Menganggap dugaan mematangkan diri, Puteri Lily memberitahu dia mempersiapkan mental dan fizikal sebelum meneruskan keputusan untuk bercerai.

'Tengok versi Shamyl buat saya tercampak ke dinding' - Aziz M Osman puji Rahsia
Menurut Aziz, filem itu berjaya membuatkan dirinya berasa terpegun melihat keseluruhan hasil karya berkenaan.

Tiada kaitan pihak ketiga, Aziz M Osman bercerai dengan Puteri Lily Lokman
Pengarah terkenal Aziz M. Osman sah bercerai dengan isterinya, Puteri Lily Lokman awal bulan lalu.

Teruja raya awal? Jom layan 'Jaga-Jaga Senariounion', pasti berdekah satu rumah
Filem "Jaga-Jaga Senariounion" telah pun ditayangkan sejak minggu lalu dan pastinya sesuai dilayan ketika Syawal ini.

'Terima kasih tunai hajat kami' - Peminat teruja tonton Jaga-Jaga Senariounion
Ada yang berjaga tengah malam tadi menantikan tayangan awal pagi, namun tidak kurang juga mahu menonton dengan tujuan mengimbau kenangan lama.

Kumpulan pelawak legenda Senario kembali dengan filem 'Jaga-Jaga Senariounion'
Anda boleh melanggan dan saksikan 'Jaga-Jaga Senariounion' Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

#NoToLanun: Cetak rompak jejas kualiti karya tempatan - Aziz M Osman
Perbuatan cetak rompak akan menjejaskan prestasi sesuatu produksi untuk menghasilkan lebih banyak karya yang berkualiti.

Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula
Mesti ramai tak sabar nak tonton siri Kampung Pisang, kan?

Kekurangan CGI dalam XX Ray III, Aziz M. Osman fokus penceritaan
Selepas 24 tahun, pengarah filem terkenal, Aziz M Osman kembali dengan filem trilogi, XX Ray III yang masih menampilkan genre sains fiksyen.

Aziz M. Osman timang anak merdeka, Ara Aziz dapat adik!
Pengarah filem,Aziz M. Osman selamat menimang cahaya mata sempena Hari Kebangsaan semalam.