MESTI kome idok percaya, kan?
Kalau dulu le nak nengok penduduk kampung pisang kena nungu filem arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-21, Mamat Khalid ditayangkan di pawagam.
Namun kali ini tidak lagi.
Buat julung kalinya francais filem blockbuster nombor satu tanah air ke skrin televisyen menerusi jenama Astro Originals, bertajuk "Kampong Pisang Bersiri-Siri".
Menurut Mamat Khalid, siri ini memberikan satu cabaran baharu buat dirinya selaku seorang pengarah.
“Kampong Pisang Bersiri-Siri juga dianggap sebagai satu cabaran baharu buat saya kerana ini merupakan pertama kali saya mengarahkan drama bersiri, namun begitu perlu mengekalkan kualiti dan ‘end result’ setanding filem.
"Untuk itu, teknik teknologi pengimejan telah dilakukan oleh tenaga pakar di Australia dan proses adunan audio dan bunyi pula dilakukan di Thailand," katanya.
Pada masa sama, beliau juga menyatakan bahawa adanya siri ini ibarat menjadikan mimpinya kenyataan untuk menggabungkan kisah-kisah mistik.
"Abang dah lama berangan nak buat cerita-cerita hantu dalam filem tapi nanti banyak pula filem yang abang kena buat.
"Jadi dengan adanya siri ini abang boleh gabungkan semua cerita dalam satu siri," tambahnya.
Masih mengekalkan elemen komedi, siri ini dijayakan oleh Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, dan Mat London.
Pada masa sama, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, dan Joey Daud juga akan membuat kemunculan khas dalam siri yang mempunyai 12 episod kesemuanya.
Kampong Pisang Bersiri-Siri bakal menemui penonton mulai 7 Disember ini, setiap Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Asyraf Roslan
Sun Nov 29 2020
![Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606355424_kampongpisang.jpg)
Kampong Pisang Bersiri-Siri bakal menemui penonton mulai 7 Disember ini, setiap Isnin, jam 9 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![18 Puasa Di Kampong Pisang naskhah komedi terbaharu Mamat Khalid sempena Ramadan 18 Puasa Di Kampong Pisang naskhah komedi terbaharu Mamat Khalid sempena Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618295869_puasa.jpg)
18 Puasa Di Kampong Pisang naskhah komedi terbaharu Mamat Khalid sempena Ramadan
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang bukan sekadar tontonan ringan, sebaliknya, sarat dengan mesej keimanan dan sindiran sosial.
![Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606355424_kampongpisang.jpg)
Kalau dulu filem, sekarang Kampung Pisang bersiri-siri pula
Mesti ramai tak sabar nak tonton siri Kampung Pisang, kan?