SELEPAS ‘disajikan’ dengan pelbagai ‘teaser’, kumpulan komedi otai tanah air, Senario akhirnya tampil dengan filem "Jaga-Jaga Senariounion".
Kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan buat pertama kalinya gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya ini sememangnya dinanti dan bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton.
Filem "Jaga-Jaga Senariounion" yang mengetengahkan genre komedi ini bakal menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 21 April ini.
Menariknya, ia memperlihatkan komedi dan lawak yang segar oleh kumpulan otai ini, namun pada masa sama masih mengekalkan identiti Senario.
Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baharu, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira.
Penceritaan dan perjalanan plot filem ini mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin.
Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.
Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.
Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut.
Semuanya menjadi teka-teki.
Menurut Penerbit dan selaku Pengarah Jaga-Jaga Senariounion, Aziz M Osman, kredibilitinya sebagai pengarah turut diperkukuhkan menerusi filem-filem Senario.
“Jadi Senario sudah menjadi sebahagian dalam karier dan hidup saya. Saya percaya ramai yang membesar dengan komedi dan sitkom lakonan Senario dan pasti ada yang merinduinya.
“Apabila ramai yang bertanyakan dan meminta kemunculan semual kumpulan ini dengan kehadiran semua ahli, jadi saya dan pihak penerbit tidak teragak-agak untuk merancang menghasilkan filem Senario.
“Jaga-Jaga Senariounion adalah buah tangan terbaharu daripada Senario buat peminatnya.
"Bagi sudut pengarahan pula, tidak banyak cabaran besar yang dilalui, tetapi apa yang istimewanya ketika di set, semuanya rasa seperti dahulu kala.
“Buat penonton dari generasi baharu, saksikan filem ini dan kenali kumpulan pelawak 'legend' yang pernah menggamatkan suasana satu ketika dahulu.
"Saya menjanjikan elemen ‘wow’ dan komedi yang terkini menerusi 'Jaga-Jaga Senariounion',” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro amat dikenali dengan program-program mencungkil dan mengetengahkan bakat pelawak-pelawak di Malaysia.
“Selaras dengan itu kami rasa amat berbesar hati dapat membawakan sebuah filem yang mengangkat kumpulan pelawak otai tanah air di platform Astro First.
“Lebih menarik, filem ini merupakan kemunculan semula mereka setelah lebih 11 tahun dan tambah istimewa buat pertama kali menghimpunkan hampir kesemua ahlinya.
“Kami percaya kehadiran 'Jaga-Jaga Senariounion' mampu mengembalikan nostalgia tersendiri dalam kalangan peminat dan para penontonnya.
"Jadi kami harap para penonton dapat berhibur dan bergelak ketawa dengan filem komedi ini bersama insan tersayang mahupun sahabat handai,” katanya.
Anda boleh melanggan dan saksikan 'Jaga-Jaga Senariounion' Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (dua hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat Apr 16 2022

Anda boleh melanggan dan saksikan 'Jaga-Jaga Senariounion' Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.

Aaron sah beraksi di Seluruh England - Herry
Aaron dan pasangannya Soh Wooi Yik akan membuka kempen menentang gandingan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Risiko penjawat awam muflis boleh dielakkan menerusi SPeKAR
Sistem itu dilihat mampu mengekang golongan terlibat daripada terus membuat pinjaman luar kemampuan mereka.

Perusuh cetuskan keganasan semasa sambutan kemenangan pasukan kriket India
Kejadian berlaku di bandar Dr Ambedkar Nagar, kira-kira 25km dari bandar komersial Indore dan 200 km dari ibu negeri Bhopal.
Komoditi: pencuri kopi meningkat di A.S akibat harga biji kopi melambung
Kes kecurian muatan trak yang membawa biji kopi mentah semakin meningkat di Amerika Syarikat berikutan lonjakan harga kopi ke paras tertinggi sepanjang tahun lalu.
Kemalangan laut: kapal tangki bertembung kapal kargo, cetus kebakaran besar
Sebuah kapal tangki yang membawa bahan api jet untuk tentera Amerika Syarikat bertembung dengan sebuah kapal kontena di luar pesisir timur laut England pada Isnin.

Kerajaan komited pastikan veteran ATM punya kerjaya kedua
Usaha ke arah itu antaranya akan digerakkan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Manusia melalui Program Veteran MyWIRA.
Pasca perang: SDF setuju sertai institusi negara baharu Syria
Pasukan Demokratik Syria (SDF) yang diketuai oleh puak Kurdish dan disokong oleh Amerika Syarikat telah menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan institusi negara baharu Syria, menurut kenyataan Pejabat Presiden Syria pada Isnin.
Kekejaman zionis: israel sekat makanan, bantuan, situasi gaza memburuk
Sekatan Israel terhadap kemasukan barangan ke Gaza memberi kesan buruk kepada penduduk Palestin, dengan beberapa kedai roti terpaksa ditutup dan harga makanan meningkat.
Inisiatif SMJ: Ekonomi biru bawa peluang besar untuk Sabah
Taman Perindustrian Ekonomi Biru di Kudat bertujuan meningkatkan pendapatan negeri dan memberi peluang kepada rakyat menyertai ekonomi biru.
Inisiatif SMJ: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Penduduk luar bandar yang berpindah ke bandar menghadapi masalah penempatan dan sewa yang tinggi, yang akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Kumpulan pelawak legenda Senario kembali dengan filem 'Jaga-Jaga Senariounion'
Anda boleh melanggan dan saksikan 'Jaga-Jaga Senariounion' Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 April 2022.