Program pencarian bakat Asia masuk ke peringkat separuh akhir.

Penonton bertanggungjawab untuk mengundi peserta yang mereka inginkan untuk beraksi ke peringkat seterusnya.

Talian undian akan dibuka sebaik sahaja setiap episod separuh akhir tamat dan undian akan berakhir pada hari Isnin berikutnya pada jam 11:59 malam.

Untuk episod 6, anda boleh mengundi peserta kegemaran anda bermula selepas tamat episod pada hari Khamis, 16 April, sehingga Isnin, 20 April jam 11:59 malam.

Lapan peserta separuh akhir 1

Terdapat tiga cara untuk mengundi iaitu melalui SMS (kod berbeza bagi setiap negara), undian melalui Facebook dan undian menerusi aplikasi Asia’s Got Talent.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara untuk mengundi, sila lawati laman web undian Asia’s Got Talent, http://asiasgottalent.tv/vote/. Di sana, anda akan mengetahui cara-cara mengundi yang khusus serta jadual pengundian.