Walaupun salah seorang juri Asia’s Got Talent tidak menggemari elemen moden yang dibawa oleh kumpulan Sada Borneo, kritikan itu bakal digunakan sebagai penguat semangat kumpulan mereka.
Kata penulis dan pengubah lagu terkenal, David Foster pada saringan ujibakat lalu, beliau lebih suka elemen tradisional dari elemen moden yang dibawakan oleh Sada Borneo.
Pemain bungkau dan ruding kumpulan itu, Julian Frederick berpendapat komen dari Foster itu sangat bagus dalam merangka persembahan mereka di peringkat separuh akhir yang bakal disiarkan pada malam ini di saluran AXN.
“Komen dari Foster bagi kami sangat membina dan akan kami gunakan pada saringan seterusnya dalam menggabungkan muzik tradisional dan moden,” kata Julian yang turut bermain gitar untuk kumpulan tersebut.
Menurut pemain dram kumpulan ini, Allister Changat mereka terkejut dan gembira dengan penerimaan orang ramai terhadap muzik mereka selepas kejayaan di saringan yang lalu.
“Kami mula terima sokongan bukan sahaja dari dalam Malaysia malah peminat dari China, Indonesia, Filipina dan Thailand mula menerima muzik yang dibawa kami,” katanya kepada Astro AWANI.
Kumpulan muzik etnik kreatif ini berjaya ke peringkat separuh akhir dan bakal bertanding dengan bakat-bakat dari negara Asia yang lain malam ini.
Sada Borneo ditubuhkan pada tahun 2012 kini dianggotai 11 anggota yang berasal dari pelbagai negeri di Malaysia.
Selain Foster, Asia’s Got Talent diadili oleh tiga juri lain iaitu Anggun, Melanie C dan Vanness Wu.
Terdapat tiga cara untuk mengundi peserta kegemaran anda iaitu melalui SMS (kod berbeza bagi setiap negara), undian melalui Facebook dan undian menerusi aplikasi Asia’s Got Talent.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara untuk mengundi, sila lawati laman web undian Asia’s Got Talent, Asiasgottalent.tv/vote. Di sana, anda akan mengetahui cara-cara mengundi yang khusus serta jadual pengundian.
Asia’s Got Talent disertai peserta dari 14 buah negara seluruh Asia dan boleh ditonton di saluran AXN Asia setiap Khamis.
Astro Awani
Thu Apr 30 2015
Kumpulan Sada Borneo berjaya ke peringkat separuh akhir dan bakal bertanding dengan bakat-bakat dari negara Asia yang lain pada Khamis
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
"Human calculator" Yaashwin Sarawanan naib juara Asia's Got Talent musim ke-3
Malangnya, Yaashwin Sarawanan hanya mampu dapat tempat kedua!
Kumpulan Nama sedia jadi trendsetter - David Foster
Kumpulan penyanyi wanita berhijab dari Malaysia, Nama, yang berjaya ke pusingan akhir rancangan Asias Got Talent sedia menjadi trendsetter dalam industri hiburan di rantau ini
Di sebalik Asia's Got Talent...
Asias Got Talent merupakan satu francais daripada pertandingan Got Talent yang memburu bakat-bakat daripada 17 negara di rantau Asia.
Nama dalam misi tepis stereotaip wanita berhijab melalui Asia's Got Talent
Nama memilih Asias Got Talent (AGT) sebagai platform untuk mereka memperkenalkan nama mereka serta mengubah persepsi masyarakat dunia.
Anggun jadi mangsa magik The Sacred Riana, juara Asia's Got Talent 2
Juri Asia's Got Talent 2, Anggun menjadi 'mangsa' magik The Sacred Riana pada pusingan akhir rancangan itu malam tadi.
El Gamma Penumbra dari Filipina juara Asia's Got Talent
El Gamma Penumbra dari Filipina yang membawa konsep shadow dance group dinobatkan sebagai juara rancangan Asias Got Talent yang berakhir semalam.
Komen David Foster jadi penguat semangat Sada Borneo
Walau salah seorang juri tidak menggemari elemen moden yang dibawa oleh Sada Borneo, komen itu bakal digunakan sebagai penguat semangat.
Lisa Surihani & Ziana Zain jadi "Hakim" untuk Rancangan Asias Got Talent?
Kembara pencarian bakat ini akan diadakan di seluruh negara bersama Giant dan Tesco sepanjang bulan April 2015.
Asia's Got Talent: Talian undian dibuka malam ini
Talian undian program pencarian bakat Asia's Got Talent dibuka malam ini. Penonton boleh mengundi menggunakan SMS, Facebook dan aplikasi.
Sada Borneo lancar akaun Twitter rasmi di @Sada_Borneo
Kumpulan muzik etnik Sada Borneo lancar akaun Twitter rasmi di @Sada_Borneo.