BAHANG pentas akhir program pencarian bakat terhangat di rantau ini, Asia’s Got Talent (AGT) musim ketiga semakin dirasai oleh finalis serta peminat program itu.
Sudah pastinya pentas akhir terbesar di Asia itu amat dinantikan buat seluruh warga Malaysia apabila dua wakil negara iaitu kumpulan gadis berhijab, Nama dan Yaashwin Sarawanan yang terkenal dengan panggilan 'Manusia Kalkulator' berjaya menjadi finalis pertandingan itu.
Apa yang lebih penting kejayaan mereka untuk meraih gelaran juara ditentukan berdasarkan undian para penonton di rumah.
Berikut adalah 11 perkara yang anda perlu tahu mengenai AGT:
1. AGT merupakan satu francais daripada pertandingan Got Talent yang memburu bakat-bakat dari 17 negara di rantau Asia.
2. Program realiti Got Talent dicetuskan bagi mencari bakat yang mempunyai kelainan tersendiri dalam disiplin seni dari pelbagai bidang seperti nyanyian, tarian, silap mata, lawak dan hiburan dari segenap lapisan umur.
3. Program AGT merupakan idea asal pertandingan America’s Got Talent.
4. AGT mula bersiaran pada 2015 dan kini memasuki musim yang ketiga pada 2019.
5. Pemenang AGT bakal memenangi hadiah utama kira-kira AS$100,000 (RM408,137).
6. Persembahan yang berjaya meraih undi daripada juri di peringkat saringan akan terus mara ke pentas separuh akhir.
7. Peserta AGT terlebih dahulu akan melalui uji bakat terbuka yang berlangsung di bandar utama di Asia yang dihakimi oleh produser AGT. Peserta yang layak akan mara ke uji bakat bersama juri yang memerlukan sekurang-kurangnya dua undian untuk mara ke peringkat seterusnya. Musim kali ini menampilkan ‘Golden buzzer’ sebagai tombol istimewa yang perlu ditekan oleh juri untuk melayakkan peserta mara ke peringkat separuh akhir.
8. AGT musim pertama menampilkan empat juri tetap profesional dalam industri seni bagi mengadili para peserta iaitu penerbit muzik terkenal David Foster, penyanyi tersohor Indonesia, Anggun Cipta Sasmi, F4’s Vanness Wu dan Spice Girl Melanie C tetapi pada musim kedua dan ketiga hanya Foster dan Anggun sahaja yang kekal menjadi juri tetap disertai bintang rap popular Korea Selatan, Jay Park.
9. Para juri berkuasa menentukan kelayakan para peserta untuk ke pusingan seterusnya hanya sampai di peringkat separuh akhir sahaja.
10. Pada peringkat akhir, para juri hanya memberikan komen kepada finalis. Kuasa memilih juara pertandingan pula diberikan sepenuhnya kepada penonton yang membuat undian secara dalam talian.
11. Musim pertama AGT dimenangi oleh Kumpulan El Gamma Penumbra dari Filipina yang membawa konsep shadow dance group manakala ahli magik, The Sacred Riana dari Indonesia dinobatkan sebagai pemenang musim kedua. Bagaimana pula untuk musim ketiga?
Nama dan Yaashwin sebagai wakil Malaysia akan berentap dengan lima lagi peserta iaitu Siti Saniyah (Indonesia), MANIAC Family (Taiwan), Shadow Ace (Philippines), Junior Good Vibes (Philippines) dan Eric Chien (Taiwan).
Semua finalis bakal berentap di pentas akhir Asia’s Got Talent musim ketiga pada 4 April ini yang akan berlangsung di Singapura.
BACA: Bagaimana peluang Nama, Yaashwin di pentas akhir Asia's Got Talent?
BACA: Lengkap dengan hijab, 'Nama' cipta nama menerusi Asia's Got Talent
Siti Hajar Jamaludin, Ain Najhan
Wed Apr 03 2019
Program Asia's Got Talent merupakan idea asal pertandingan Americas Got Talent.
[TERKINI] Kenaikan tarif elektrik tidak bebankan rakyat
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan, kenaikan tarif elektrik tahun depan tidak akan membebankan rakyat majoriti, sebaliknya ia hanya melibatkan golongan atasan.
Sebatan di khalayak: Hukuman 6 sebatan selesai dalam tempoh 2 minit
Pesalah khalwat berulang selasai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Masjid Al-Muktafi Billah Shah, pada Jumaat.
[TERKINI] PM Anwar bertemu Thaksin, bincang pelbagai isu kritikal serantau
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan membincangkan pelbagai isu kritikal serantau.
Kerja pembersihan tumpahan minyak sawit di Lebuhraya Karak selesai - LUAS
Kerja pembersihan tumpahan minyak susulan insiden kemalangan lori di Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur selesai dilaksanakan malam tadi.
Saham TNB: Melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Perdana Menteri Singapura Wong bentang Belanjawan 2025 pada 18 Feb
Belanjawan itu akan disiarkan secara langsung di televisyen dan radio.
JPJ sita lori tercabut tayar, dipercayai punca kemalangan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyita lori yang mengalami tayar tercabut dan dipercayai mengakibatkan kemalangan lima kenderaan di Kilometer 204.0 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
Penyedia media sosial diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata tarikh akhir mengemukakan permohonan adalah sebelum atau pada 31 Dis.
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
"Kalau boleh bekerjasama dengan David Foster, ibarat mimpi jadi nyata" - Nama
Good luck Nama...
Di sebalik Asia's Got Talent...
Asias Got Talent merupakan satu francais daripada pertandingan Got Talent yang memburu bakat-bakat daripada 17 negara di rantau Asia.