WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada malam Selasa mengumumkan bakal bertanding semula jawatan Presiden bagi 2024, lapor Xinhua.
"Malam ini, saya mengumumkan pencalonan saya untuk jawatan Presiden Amerika Syarikat," kata ahli Republikan itu dari pusat peranginan Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida.
Trump, 76, memfailkan pencalonannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan pada Selasa.
Pengumuman itu dibuat seminggu selepas pilihan raya separuh penggal AS 2022, dengan kesemua 435 kerusi Dewan Perwakilan dan 35 kerusi anggota Senat 100 turut dipertandingkan.
Demokrat dijangka mengekalkan kawalan ke atas Senat dalam Kongres AS akan datang manakala tiada parti memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk majoriti dalam Dewan Perwakilan setakat malam Selasa.
Trump berkhidmat sebagai Presiden ke-45 AS dari 2017 hingga 2021.
Beliau tewas kepada pencabarnya dari Demokrat, Presiden Joe Biden dalam pilihan raya presiden AS 2020.
Minggu lalu Biden memaklumkan kemungkinan besar akan bertanding semula jawatan presiden dan akan membuat keputusan rasmi "awal tahun depan."
Pilihan raya Presiden AS 2024 dijadual berlangsung pada 5 Nov 2024. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada malam Selasa mengumumkan bakal bertanding semula jawatan Presiden bagi 2024. - Gambar REUTERS
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Mexico bersedia lindungi pendatang dalam menghadapi pengusiran AS - Presiden
Beliau turut menyatakan rasa tidak setuju terhadap tindakan memperlakukan pendatang seperti penjenayah.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
Trump namakan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke NATO.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
SpaceX lancar ujian penerbangan keenam roket Starship
SpaceX melancarkan ujian penerbangan keenam roket tanpa pemandu Starship pada Selasa.
Trump lantik doktor selebriti, Dr Oz ketuai program insurans kesihatan Amerika
Oz merupakan pencalonan terbaharu Trump selepas melantik Pete Hegseth, Robert F Kennedy Jr dan jutawan Elon Musk.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.