WASHINGTON: Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump menyifatkan upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris minggu lepas sebagai memalukan.

Trump menyatakan kritikan itu dalam satu temu bual dengan Fox News yang disiarkan pada Isnin.

Jurucakap Olimpik Paris Anne Descamps pada Ahad memohon maaf kepada kumpulan agama yang tersinggung dengan persembahan yang dipercayai memaparkan adegan mengenai "The Last Supper".

Upacara pembukaan itu diadakan di Paris pada Jumaat.

Ramai pengguna media sosial menyuarakan kemarahan mereka terhadap persembahan itu yang melibatkan anggota pergerakan LGBT.

-- BERNAMA