KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar US) hari ini berikutan minat belian baharu menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, kata seorang penganalisis.
Laporan IHP dijadualkan akan dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) esok.
Pada 6 petang, ringgit naik 85 mata asas kepada 4.6720/6745 berbanding dolar US daripada 4.6805/6835 semasa ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data IHP esok akan diteliti oleh komuniti pelabur berdasarkan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel baru-baru ini.
"Bank Negara Malaysia mungkin mengekalkan dasar monetarinya stabil kerana ia menjangkakan imbangan risiko menaik. Keadaan ini berbeza dengan dasar monetari negara maju kerana sebahagian daripada mereka telah mula mengurangkan kadar faedah penanda aras mereka.
"Justeru, perbezaan kadar faedah yang mengecil dengan ekonomi negara maju akan membantu meningkatkan nilai ringgit tahun ini," katanya kepada Bernama.
Selain itu, Mohd Afzanizam berkata ringgit kekal berdaya tahan walaupun dolar US semakin kukuh berikutan jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).
Beliau berkata ringgit mendapat sedikit sokongan hari ini terutamanya pada sesi pagi apabila USD-MYR mencecah paras terendah RM4.6708 sebelum ia beransur-ansur merosot kepada RM4.6745 pada sesi petang.
Perkembangan politik terkini di AS nampaknya memberi kesan positif terhadap dolar US kerana Donald Trump dijangka tidak mudah untuk memenangi pada pilihan raya presiden AS November depan, kata Mohd Afzanizam.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan turun berbanding yen Jepun kepada 2.9958/9976 daripada 2.9869/9892 ketika ditutup pada Isnin, naik berbanding pound Britain kepada 6.0320/0352 daripada 6.0514/0553 dan meningkat berbanding euro kepada 5.0771/0798 daripada 5.0971/1003 sebelumnya.
Ringgit melonjak berbanding mata wang ASEAN lain kecuali baht Thailand.
Ia menokok berbanding peso Filipina kepada 7.99/8.00 daripada 8.01/8.03, ringgit mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 288.1/288.4 daripada 288.5/288.8, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4731/3752 daripada 3.4804/4829 ketika ditutup semalam.
Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9004/9116 daripada 12.8975/9118 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Pada 6 petang, ringgit naik 85 mata asas kepada 4.6720/6745 berbanding dolar US daripada 4.6805/6835 semasa ditutup pada Isnin. - Gambar fail/Bernama
![Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721744130_Perai.jpg)
Aduan pencemaran udara, JAS Pulau Pinang siasat kilang pembuatan logam
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang hari ini menjalankan penguatkuasaan terhadap sebuah kilang pembuatan logam di kawasan Zon Perindustrian Bebas 1 Perai di sini susulan aduan pencemaran udara.
![Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721561523_FahmiFadzil.jpg)
Pengendali WhatsApp, Telegram perlu lebih bertanggungjawab tangani jenayah dalam talian - Fahmi
Pengendali aplikasi komunikasi Telegram dan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan tiada sebarang salah laku jenayah bebas dilakukan di dalam platform berkenaan.
![Manfaat ekonomi, pembangunan atlet antara faktor Selangor tawar jadi tuan rumah SUKMA 2026 Manfaat ekonomi, pembangunan atlet antara faktor Selangor tawar jadi tuan rumah SUKMA 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721727023_tbNajwanHalimi.jpg)
Manfaat ekonomi, pembangunan atlet antara faktor Selangor tawar jadi tuan rumah SUKMA 2026
Keputusan Selangor menawarkan diri menjadi tuan rumah SUKMA 2026 dibuat selepas mengambil kira manfaat yang bakal diperoleh melalui penganjuran temasya sukan dwitahunan berprestij itu.
AWANI Tonight: 23 July 2024
#AWANITonight with @fayekwan_
1. Flight carrying 123 M’sians from Bangladesh lands in KLIA
2. Cracking down on the issue of cyberbullying
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Flight carrying 123 M’sians from Bangladesh lands in KLIA
2. Cracking down on the issue of cyberbullying
#AWANIEnglish #AWANINews
![10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini 10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721713319_RamliMohamedYoosuf.jpg)
10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini
Seramai 10 individu disyaki terlibat sindiket mencuri wang deposit tetap milik pelanggan dianggarkan bernilai RM24.7 juta akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu, Khamis ini.
![Hajiji arah jabatan, agensi tangani halangan dalam projek pembangunan secepat mungkin Hajiji arah jabatan, agensi tangani halangan dalam projek pembangunan secepat mungkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719157425_TBhajijiNoor.jpg)
Hajiji arah jabatan, agensi tangani halangan dalam projek pembangunan secepat mungkin
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah mengarahkan jabatan dan agensi menangani semua bentuk halangan dalam pelaksanaan projek pembangunan dengan kadar segera.
![Hubungan Malaysia-China miliki potensi besar untuk diterokai 50 tahun lagi - Penganalisis Hubungan Malaysia-China miliki potensi besar untuk diterokai 50 tahun lagi - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718813633_malaysiachinaben.jpg)
Hubungan Malaysia-China miliki potensi besar untuk diterokai 50 tahun lagi - Penganalisis
Melangkah ke era baharu yang penuh harapan, hubungan Malaysia-China diyakini akan terus berkembang dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
![[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa [KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721740437_tbLapanganTerbangS.jpg)
[KOLUMNIS] Persefahaman Selangor-MAHB pacu ekosistem industri aeroangkasa
Penganalisis industri berpandangan aeroangkasa akan terus menjadi antara sektor yang bakal berkembang pesat.
![Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 dibuka untuk semakan - SPR Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 dibuka untuk semakan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714400820_SPRGeneric.jpg)
Daftar Pemilih Tambahan Jun 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Jun Tahun 2024 (DPT BLN6/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini dan semakan dibuka selama 30 hari bermula hari ini.
![Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721735377_tbEksploitasiseksua.jpg)
Dua ditahan terlibat eksploitasi seks remaja Indonesia di Australia
Suspek masing-masing seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan di Sydney, manakala suspek wanita ditahan di Jakarta.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US menjelang pengumuman data IHP AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (dolar US) hari ini berikutan minat belian baharu menjelang data Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia, kata seorang penganalisis.
![MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702634533_TBKERETAjpg.jpg)
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
![Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670502976_TBRINGGITMALAYSIA.jpg)
Pembaharuan ekonomi, potensi penurunan kadar AS bantu ringgit catat prestasi memberangsangkan
Komitmen kerajaan terhadap pembaharuan ekonomi membantu ringgit mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, kata seorang penganalisis.
![Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kekal ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis dalam keadaan peningkatan prospek pengurangan kadar faedah AS, kata penganalisis.
![Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
Bursa Malaysia ditutup tinggi bagi hari ketiga berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 4.74 mata atau 0.29 peratus kepada 1,623.12 daripada paras penutup 1,618.38 pada Rabu.
![Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.
![Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi ini, nilai ringgit meningkat kepada 4.6900/6970 berbanding dolar AS daripada paras 4.6985/7010 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.
![Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit meningkat berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.7050/7110 berbanding dolar US daripada 4.7055/7105 semalam.
![Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716542201_MalaysiaEkonomi.jpg)
Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
![Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715601099_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.