"Terdapat serangan DDoS besar-besaran di X. Kami sedang berusaha untuk menghentikan serangan terbabit," menurut Musk di platform X pada Isnin.
Sesi wawancara yang dijadual pada 8 malam waktu tempatan (ET) mungkin hanya dapat diakses oleh sebilangan kecil penonton.
Bagaimanapun, wawancara itu akan dimuat naik dalam talian untuk akses yang lebih luas sebaik sahaja ia berakhir, katanya.
Ramai pengguna mengalami kesukaran untuk menyertai sesi wawancara secara langsung di platform media sosial X pada malam Isnin.
Keputusan untuk mengadakan temu bual itu dibuat selepas pengumuman Trump mengenai pencalonannya bagi pilihan raya Presiden 2024 dan beliau menyuarakan keinginan membincangkan rancangan dan dasar kempennya dalam perbualan terperinci dengan Musk. - BERNAMA