ROM: Sekurang-kurangnya tiga penumpang dilaporkan terkorban selepas sebuah bot yang membawa lebih 20 penumpang, termasuk pelancong, karam dalam kejadian angin kencang di Tasik Maggiore di utara Itali.
Memetik laporan BBC, dalam kejadian yang berlaku di sebuah lokasi di antara bandar Sesto Calende dan Arona pada Ahad, seorang lagi penumpang dilaporkan masih belum ditemui.
Dalam pada itu, perkhidmatan bomba Itali memaklumkan 19 penumpang disahkan selamat namun usaha mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan.
Tambah laporan itu, lima orang telah dibawa ke hospital selepas diselamatkan.
Media tempatan melaporkan kalangan penumpang bot malang itu merupakan warga British, Itali dan Israel.
Presiden Wilayah Lombardi Attilio Fontana memberitahu insiden berlaku disebabkan cuaca buruk.
Difahamkan, bot itu membawa lebih kurang 25 orang yang sedang meraikan hari jadi ketika ribut melanda di kawasan tasik sehingga menyebabkan bot itu terbalik dan tenggelam.
Tasik Maggiore yang terletak di selatan Alpen merupakan destinasi popular untuk pelancong.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Itali telah mengeluarkan amaran ribut petir sehari sebelum kejadian.
Agensi
Mon May 29 2023

Perkhidmatan bomba Itali memaklumkan 19 penumpang disahkan selamat, namun usaha mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan. -Twitter Vigili del Fuoco

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jannik Sinner tewaskan Taylor Fritz untuk menangi Jelajah Akhir ATP pertama
Jannik Sinner mengukuhkan statusnya sebagai pemain terbaik dalam tenis lelaki dengan memenangi kejuaraan Jelajah Akhir ATP pertama di Turin.

Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.

Liga Negara-Negara UEFA: Hilang bisa tanpa Mbappe, skuad Perancis ibarat sama seperti PSG
Di sebalik kegagalan mendapatkan gol kemenangan, Perancis memastikan mereka melangkah ke suku akhir bersama Itali.

Itali, Perancis dan Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB
Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.

Pelajar Itali yang melarikan diri dibicarakan, hadapi tuduhan bunuh bekas kekasih
Selepas lapan hari melarikan diri melalui Austria dan Bavaria, pelajar itu akhirnya ditahan di sebuah stesen servis lebuh raya dekat Leipzig.

Boris Becker mengahwini teman lama di Itali
Pengantin perempuan mengenakan gaun putih dengan potongan bahu terbuka dan vel, manakala pengantin lelaki memakai jaket sut berwarna krim.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 1,000 pelancong dipindahkan akibat kebakaran hutan di Puglia, Itali
Pelancong yang tidak mempunyai kenderaan dibawa menaiki bot untuk ditempatkan di gimnasium yang disediakan majlis perbandaran Vieste.

Venice kekalkan caj masuk lebih tinggi pada waktu puncak
Venice akan terus mengenakan yuran kemasukan bagi pengunjung harian apabila tempoh percubaan untuk caj itu berakhir hujung minggu ini.

Gelombang haba melampau landa Itali, 'amaran merah' dikeluarkan untuk 11 bandar
Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.