ROM: Itali kini berdepan dengan gelombang haba melampau yang berpunca dari Afrika, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan "amaran merah" untuk suhu tinggi di 11 bandar pada Jumaat.
Keadaan cuaca yang teruk telah menyebabkan panas terik di ibu negara Rom dengan suhu dicatatkan antara 40C hingga 42C (104F hingga 107F) pada tengah hari.
Kementerian Kesihatan yang mengkategorikan tahap risiko suhu kepada empat kod warna, menaikkan tujuh bandar kepada kategori tertinggi "merah" pada Khamis apabila gelombang haba terus meningkat.
Antara bandar terlibat ialah Rom dengan gelombang haba telah memberi kesan ketara terhadap kehidupan seharian.
Pelancong yang melawat bandar bersejarah itu dilihat menggunakan payung untuk melindungi diri mereka daripada cahaya matahari terik.
Spanish Steps yang biasanya penuh dengan pengunjung, kelihatan lengang disebabkan oleh suhu yang melambung tinggi.
Situasi itu mengakibatkan orang ramai mencari kelegaan dengan menyejukkan diri di kawasan air pancut di bandar itu.
Sebagai tindak balas kepada keadaan melampau itu, pihak berkuasa telah memasang kipas besar dan khemah mudah alih di lokasi pelancongan popular, termasuk Colosseum untuk menyediakan kawasan teduhan dan kemudahan penyejukan kepada pengunjung.
Kementerian Kesihatan juga telah memperluas amaran "merah" dengan memasukkan empat bandar tambahan pada Jumaat, menjadikan jumlah bandar yang berada di bawah amaran berisiko tinggi kepada 11.
Bandar yang terjejas kini termasuk Rom, Florence, Bologna, Campobasso, Frosinone, Latina, Perugia, Pescara, Rieti, Trieste dan Viterbo.
--BERNAMA-ANADOLU
Bernama
Fri Jul 12 2024

Kementerian Kesihatan yang mengkategorikan tahap risiko suhu kepada empat kod warna, menaikkan tujuh bandar kepada kategori tertinggi "merah" pada Khamis apabila gelombang haba terus meningkat. - Gambar/ AP

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Gelombang haba pecah rekod cengkam barat daya AS
Gelombang haba luar biasa sedang melanda wilayah barat daya Amerika Syarikat dengan suhu mencatat rekod baharu.

Suruhanjaya Eropah peruntukkan 120 juta euro, bantu petani terjejas akibat cuaca buruk
Suruhanjaya Eropah mengumumkan cadangan bantuan kewangan sebanyak 119.7 juta euro (US$141.4 juta) bagi menyokong petani yang terjejas akibat cuaca buruk sepanjang musim bunga dan musim panas lalu.

Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Korban gelombang haba meningkat kepada 14, ternakan mati cecah 300,000 di Korea Selatan
Agensi cuaca telah meramalkan bahawa gelombang haba mungkin berterusan sehingga sekurang-kurangnya 15 Ogos.

Lima lagi kematian direkodkan akibat gelombang haba di Korea Selatan
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea, seramai 1,546 orang dilaporkan mengalami penyakit berkaitan haba setakat ini.

4 maut, 400 dirawat di hospital akibat cuaca panas di Korea Selatan
Sebanyak 384 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan di 507 hospital seluruh negara dari Isnin hingga Jumaat minggu lalu, termasuk 114 kes pada Khamis.

Jepun terus rekod suhu tinggi di tengah gelombang haba melampau
Gelombang haba yang melampau di Jepun masih berterusan tanpa tanda-tanda reda, dengan suhu di Kyushu hampir mencecah 40 darjah Celsius pada Ahad, lapor Xinhua memetik ramalan cuaca.

Lima kebakaran akibat gelombang haba di Andalusia
Seramai 170 anggota bomba serta pelbagai jenis jentera dan kenderaan digunakan untuk memadamkan api.

Beberapa bandar Itali siap sedia hadapi kemuncak gelombang haba
Amaran merah, yang tertinggi dalam sistem empat peringkat di Itali, akan berkuat kuasa selama tiga hari di 17 daripada 27 bandar.