BANGKOK: Parti Pheu Thai, parti kedua terbesar di Dewan Rakyat Thailand pada Rabu mengumumkan gabungan baharu untuk membentuk kerajaan apabila Parlimen bersidang semula pada Jumaat, tanpa Parti Move Forward (MFP).
Pheu Thai yang memenangi 141 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14 Mei, berkata parti itu akan mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai calon perdana menteri.
Ketuanya Cholnan Srikaew berkata pada mesyuarat yang berlangsung pada Rabu, parti itu telah berunding dengan MFP yang memenangi 151 kerusi supaya parti itu menarik diri.
"Pheu Thai dan Srettha tidak akan menyokong pindaan Artikel 112 atau undang-undang lese-majeste, seperti yang diperjuangkan oleh MFP.
"Kerajaan baharu tidak bergabung dengan MFP. Pheu Thai akan cuba mengumpul sokongan untuk membentuk kerajaan seterusnya. MFP akan menjadi pembangkang," katanya pada sidang media pada Rabu.
Beliau berkata parti itu akan mengumumkan gabungan baharu pada Khamis.
Selepas PRU 14 Mei, MFP dan Pheu Thai membentuk gabungan dengan enam parti lain dan memperoleh 312 daripada 500 kerusi di Dewan Rakyat.
Gabungan itu memerlukan sokongan tambahan untuk mendapatkan 375 daripada 750 undi daripada Ahli Parlimen dwidewan itu untuk membentuk kerajaan.
Pita Limjaroenrat dari MPF gagal mendapatkan sokongan yang mencukupi pada 13 Julai lalu untuk dipilih sebagai perdana menteri baharu.
Undian prosedur enam hari kemudian memutuskan bahawa beliau tidak boleh dicalonkan untuk kali kedua, sekali gus menamatkan usaha Pita. Berikutan itu, Pheu Thai mengambil alih tanggungjawab untuk mengetuai gabungan itu.
Sementara itu, setiausaha agung MFP Chaithawat Tulathon berkata alasan yang diberikan untuk menggugurkan MFP daripada gabungan itu tidak lebih daripada alasan untuk menyekat parti berkenaan daripada berkuasa.
Beliau berkata Pheu Thai tidak pernah meminta MFP menggugurkan rancangan mereka untuk meminda undang-undang lese majeste.
"Kuasa (politik) lama tidak mahu melihat kerajaan yang diterajui MFP," katanya.
Sementara itu, ratusan penunjuk perasaan berkumpul di luar ibu pejabat Pheu Thai di Bangkok untuk menyuarakan kemarahan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 02 2023

Antara aksi penyokong Parti Pheu Thai di Bangkok sewaktu pilihan raya lalu. - AP

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Bekas PM Thailand, Thaksin Shinawatra dapat pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dilapor telah dimasukkan dalam senarai pengampunan diraja untuk banduan dan tempoh parol akan berakhir esok.

Parti pembangkang Thailand enggan sokong calon Perdana Menteri pakatan parti pemerintah
Parti Rakyat tidak akan menyokong pakatan pemerintah dalam pemilihan perdana menteri pada sesi parlimen Jumaat ini.

Pemecatan Srettha sebagai PM Thailand mengejutkan - Pemerhati politik
Pertempuran antara ideologi parti rakyat dan parti-parti gabungan semasa akan menjadi semakin sengit.

Harapan baharu rakyat Selatan Thailand, permudah proses damai
Wujud harapan baharu dalam proses dialog damai Selatan Thailand selepas kejayaan Perdana Menteri Srettha Thavisin membentuk kerajaan.

Thailand: Pheu Thai umum gabungan baharu termasuk parti pro-tentera bentuk kerajaan
Pakatan itu akan menyokong usahawan hartanah Srettha Thavisin dari Pheu Thai untuk menjadi perdana menteri seterusnya dalam undian parlimen pada Selasa.

Thailand: Parti Move Forward tidak sokong calon PM Pheu Thai
Setiausaha Agung MFP Chaithawat Tulathon berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen (MP) pada mesyuarat hari ini.

Pheu Thai usaha tamatkan kebuntuan politik menerusi pakatan baharu
Parti Pheu Thai dan Bhumjaithai masing-masing memenangi 141 dan 71 kerusi, pada PRU 14 Mei.

Thailand: Parti Bhumjaithai umum sertai Pheu Thai bentuk gabungan baharu
Pemimpin Parti Bhumjaithai, Anutin Charnvirakul, berkata parti itu menerima pelawaan Pheu Thai dengan tiga syarat.

Thailand: Parti Pheu Thai akan bentuk pakatan baharu tanpa MFP
Parti Pheu Thai akan mencalonkan usahawan hartanah Srettha Thavisin sebagai calon perdana menteri.

Pejabat Ombudsman Thailand hantar petisyen ke Mahkamah Perlembagaan tangguh undian PM baharu
Pejabat itu menerima 17 petisyen yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen dan orang ramai terhadap resolusi Parlimen pada Khamis lalu.