Taufan ke-10 tahun ini yang dikategorikan sebagai "sangat kuat," sedang bergerak ke arah utara berhampiran bandar Satsumasendai pada kelajuan kira-kira 15 kilometer sejam.
Menjelang 8 pagi waktu tempatan, taufan itu telah bergerak sedikit ke utara pada koordinat 31.55 darjah lintang utara dan 130.05 darjah timur, sambil mengekalkan kelajuan 15 kilometer sejam.
Dengan taburan hujan luar biasa yang menjejaskan selatan Kyushu, JMA telah mengeluarkan amaran khas untuk angin kencang, ombak tinggi, dan gelombang ribut di seluruh wilayah Kagoshima.
Penduduk dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti maklumat terkini mengenai taufan dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan untuk memastikan keselamatan mereka.
-- BERNAMA