ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Disember 2024.


1. 14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember

Empat belas wilayah di selatan Thailand telah diberi amaran untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir kilat, limpahan air, dan banjir berpanjangan antara 3 hingga 5 Disember ini.



2. Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun

Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) pada Ahad memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.


3. Rakyat Palestin di Gaza bergantung sepenuhnya pada bantuan kemanusiaan - UNRWA

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran bahawa rakyat Palestin di Gaza kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan, sementara keupayaan PBB memenuhi mandatnya terus merosot, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).


4. Dron Israel dilapor lakukan intipan di Beirut

Pesawat tanpa pemandu (dron) peninjau milik tentera udara Israel dilaporkan melakukan pengintipan di Beirut, Lubnan.


5. Bekas Menteri Pertahanan Israel beri amaran pembersihan etnik di Gaza

Bekas Menteri Pertahanan Israel menuduh negara haram itu melakukan jenayah perang dan pembersihan etnik di Semenanjung Gaza.


6. Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah memberikan pengampunan kepada anaknya Hunter Biden walaupun sebelum ini berjanji tidak akan berbuat demikian, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


7. Trump ancam kenakan tarif 100 peratus terhadap negara BRICS jika dolar digantikan

Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Sabtu mengeluarkan amaran yang beliau akan mengenakan tarif 100 peratus terhadap mana-mana negara BRICS yang cuba menggantikan penggunaan dolar AS dalam perdagangan antarabangsa, lapor AA.


8. Oxford pilih 'brain rot' sebagai perkataan tahun 2024

Oxford University Press memilih istilah slanga "brain rot" sebagai perkataan tahun ini melalui undian awam, lapor Sputnik.


9. 100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik

Rundingan terakhir bagi mencapai perjanjian antarabangsa untuk mengawal pencemaran plastik memasuki fasa genting apabila lebih 100 negara menyokong cadangan mengehadkan pengeluaran plastik.

 
10. Hampir 4,000 barangan makanan dijangka alami kenaikan harga di Jepun

Trend kenaikan harga makanan di Jepun dijangka berterusan tahun depan apabila lebih 3,900 barangan makanan akan mengalami kenaikan harga antara Januari dan April, lapor Xinhua.