LEBIH 4,000 tentera rejim Zionis mengalami kecacatan dan menerima status orang kurang upaya (OKU) sejak perang bermula di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu.
Bagaimanapun, web berita Israel, Walla melaporkan, tentera Israel tidak memberikan rekod awam mengenai angka korban bagi tujuan mengelak kemerosotan semangat dalam masyarakat Israel, lapor AFP.
"Sejumlah 4,000 tentera itu menerima status OKU mengikut klasifikasi tiga, yang bermaksud mereka berhak mendapat semua layanan dan hak yang diberikan kepada OKU dalam tentera Israel," menurut laporan itu.
Sebelum ini, akhbar Israel mendedahkan, lebih 5,000 tentera cedera di Gaza sejak perang bermula dengan hampir 2,000 secara rasmi menerima status OKU oleh Kementerian Pertahanan.
Menurut akhbar harian Yedioth Ahronoth, lebih 58 peratus daripada mereka yang cedera mengalami masalah serius pada tangan dan kaki sehingga memerlukan anggota itu dipotong.
"Lebih 5,000 tentera yang cedera tiba di hospital di Israel. Lebih 2,000 tentera diiktiraf secara rasmi oleh Kementerian Pertahanan sebagai OKU.
"Lebih 58 peratus daripada mereka yang cedera yang kami terima mengalami kecederaan serius di tangan dan kaki termasuk memerlukan amputasi.
"Kira-kira 12 peratus pula mengalami kecederaan dalaman membabitkan kerosakan limpa dan buah pinggang," lapor akhbar itu memetik Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan Kementerian Pertahanan, Limor Luria.
Malah, Luria dilaporkan berkata, kira-kira tujuh peratus anggota tentera Israel turut mengalami tekanan psikologi dan jumlah itu dikhuatiri akan meningkat dengan mendadak.
Sebelum ini, tentera Israel mendakwa sekurang-kurangnya 420 anggotanya terbunuh sejak tercetusnya konflik Gaza. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Sun Jan 14 2024

Sebelum ini, akhbar Israel mendedahkan, lebih 5,000 tentera cedera di Gaza sejak perang bermula. - Gambar/ Reuters

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tentera Israel bakar rumah di selatan Lubnan, langgar gencatan senjata
Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab.

Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Program Makanan Sedunia kecam serangan Israel terhadap konvoi di Gaza
WFP sifatkan tindakan tentera Israel yang mengepung konvoi mereka sebagai "insiden yang mengerikan."

Tentera Israel kepung Hospital Indonesia di Gaza, arah segera dikosongkan
Tentera pendudukan Israel telah mengepung Hospital Indonesia di Beit Lahiya, utara Gaza dan menuntut premis itu segera dikosongkan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.

Iran kecam serangan Israel, tegaskan hak untuk pertahankan diri
Kementerian Luar Iran menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa dan Piagam PBB.

Tentera Israel tahan petugas perubatan, pesakit di hospital utara Gaza
Pasukan tentera Israel telah menahan semua petugas perubatan lelaki, selain individu yang cedera dan pesakit dari Hospital Kamal Adwan.

Jordan selar peneroka Israel “serbu” pekarangan Masjid Al-Aqsa
Serbuan itu merupakan pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa, status quo sejarah dan undang-undang di Baitulmaqdis.

Puluhan Ahli Parlimen desak kerajaan UK hentikan semua eksport ketenteraan ke Israel
Dalam usul awal, Ahli Parlimen itu berkata penerimaan resolusi PBB itu mengenakan kewajipan baharu kepada kerajaan.