Sebaliknya, lapor Reuters, pengunduran tentera Isarael akan berlaku secara berperingkat dengan pengunduran penuh dijangka selesai dalam tempoh 60 hari.
Menurut pegawai tersebut, AS dan Perancis akan menyertai mekanisme kerjasama sedia ada yang akan dirumus semula dan diperkukuhkan.
AS juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Selain itu, negara kuasa besar itu juga akan menjadi sebahagian daripada jawatankuasa teknikal ketenteraan bersama angkatan bersenjata lain untuk menyediakan peralatan, latihan dan sokongan kewangan kepada tentera Lubnan.
Pegawai itu turut menyatakan, pentadbiran Presiden AS ketika ini, Joe Biden telah memberi taklimat kepada pasukan keselamatan negara Presiden bakal dilantik, Donald Trump, berhubung perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah itu. - Agensi