Seorang remaja lelaki mati dihempap pokok selepas Taufan Koppu yang melanda wilayah Luzon Filipina membawa kemusnahan teruk dengan menumbangkan pokok dan meranapkan banyak kediaman.

Menurut pihak berkuasa, sekurang-kurangnya lapan dilaporkan hilang ketika pihak tentera dan pasukan sukarelawan dikerah bagi membantu kawasan terjejas termasuk di Nueva Ecija dimana tebing sungai pecah dan air melimpah ke kawasan perkampungan penduduk.

Paparan di televisyen turut menunjukkan aliran air yang deras menenggelamkan kediaman bersama sampah sarap dan ranting pokok.

Sehingga lewat Ahad sejumlah 23,000 penduduk telah dipindahkan dengan Taufan menghala ke arah utara negara itu.

Lebih 23,000 penduduk terpaksa dipindahkan akibat Taufan Koppu yang mula melanda Filipina pada Ahad - AFP

Angin kencang turut menyebabkan perkhidmatan feri dan penerbangan menjadi kucar-kacir dan ada yang terpaksa dibatalkan.

Koppu tiba membadai perkampungan nelayan Casiguran awal Ahad dengan kelajuan 210 kilometer sejam sebelum bergerak ke daratan.

Klik gambar untuk galeri foto Taufan Koppu:

Raufan Koppu

Menurut Ketua Majlis Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, Alexander Pama, mangsa pertama yang maut adalah kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun apabila pokok tumbang menghempap kediamannya di Manila.

Pama juga menjangka lebih ramai akan dipindahkan apabila taufan menghampiri utara Luzon, yang menempatkan lebih 100 juta penduduk.