SAN FRANCISCO: Presiden China Xi Jinping berkata rantau Asia Pasifik tidak boleh dan tidak patut menjadi arena persaingan geopolitik.
Justeru itu beliau menyeru negara-negara serantau agar meningkatkan perpaduan demi kerjasama yang lebih baik di rantau berkenaan.
Xi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Bersatu Padu Tempuhi Cabaran, Buka Lembaran Baharu Kerjasama Asia Pasifik" pada Sidang Kemuncak CEO Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang diadakan di sini pada 16 Nov.
Xi berkata dunia kini memasuki fasa pembaharuan dan pergolakan yang baharu.
"Hala tuju perkembangan kerjasama Asia Pasifik dalam tiga dekad akan datang dilihat menjadi persoalan sezaman yang dihadapi semua pihak terlibat.
"Sehubungan itu, kita seharusnya berpegang pada aspirasi asal APEC dan mendorong kerjasama Asia Pasifik terus berkembang maju," kata Xi.
Xi turut mengesyorkan negara-negara serantau agar bersama-sama memelihara manifesto dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terus menempuh jalan pergaulan sesama negara yang bermuafakat dan berkongsi bagi memelihara kemakmuran dan kestabilan di rantau Asia Pasifik.
Di samping itu, Presiden Xi menyeru pelbagai pihak agar menyemarakkan semangat kedaerahan yang terbuka, mempromosikan proses kawasan perdagangan bebas (FTA) Asia Pasifik untuk membina ekonomi Asia Pasifik yang terbuka demi kebaikan semua.
"Selain itu, pelbagai pihak dicadangkan mendorong transformasi dan pembangunan yang berorientasikan pendigitalan, kepintaran dan hijau, meningkatkan inovasi dalam sektor sains dan teknologi dan memperkasakan integrasi antara ekonomi digital dengan ekonomi sebenar.
"Semua pihak juga disarankan bersama-sama meningkatkan tadbir urus dalam bidang sains dan teknologi global supaya mewujudkan persekitaran pembangunan sains dan teknologi yang terbuka, saksama, adil dan tanpa diskriminasi," kata beliau.
Xi berkata ekonomi China kian pulih dan mencapai prestasi baik sejak awal tahun ini.
"China tetap menjadi enjin terbesar bagi pertumbuhan ekonomi dunia.
"Pertumbuhan ekonomi China mempunyai momentum yang kukuh, daya tahan yang kuat dan potensi yang besar," kata Xi.
Beliau menegaskan bahawa China komited memperkasakan keterbukaan, mewujudkan suasana perniagaan yang berorientasikan pasaran dan bertaraf antarabangsa dan akan terus menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelabur asing.
"China mengalu-alukan kalangan industri dan perniagaan dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pembinaan modenisasi di negara ini dan berkongsi peluang daripada pembangunan berkualiti tinggi di China," kata Xi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2023
Presiden China Xi Jinping berkata rantau Asia Pasifik tidak boleh dan tidak patut menjadi arena persaingan geopolitik. - Gambar fail/REUTERS
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Polis tumpas sindiket dadah libatkan rampasan hampir RM450,000
Polis berkata dua suspek warga tempatan berusia 29 dan 31 tahun yang ditahan itu, dipercayai aktif beroperasi di sekitar Sentul dan Jinjang.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu berkurang, Johor dan Kelantan tidak berubah
Situasi banjir di Terengganu dilaporkan semakin pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan di PPS di negeri itu berkurang manakala jumlah mangsa di Johor dan Kelantan tidak berubah setakat 8 malam ini.
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Tiga beranak maut kemalangan di Setiu baru pulang majlis konvokesyen anak bongsu
Tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Setiu, Terengganu awal pagi tadi, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kelantan selepas menghadiri majlis konvokesyen anak.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan aktiviti membeli saham berharga rendah
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti membeli saham berharga rendah selepas penurunan semalam, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
Pelabur asing beli ekuiti bernilai RM1.5 bilion minggu lalu, tertinggi sejak Mac 2016
Pelabur asing menjadi pembeli bersih ekuiti di Malaysia bernilai RM1.50 bilion untuk minggu ketiga berturut-turut.
Dasar padu kerajaan tingkat keyakinan pelabur - Tengku Zafrul
Pengukuhan ringgit mencerminkan asas ekonomi dan dasar negara yang padu, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tarif elektrik antara terendah di Asia Tenggara tarik pelabur asing ke Malaysia
Kadar tarif elektrik yang kompetitif dan antara terendah di Asia Tenggara antara tarikan buat pelabur asing masuk ke Malaysia.
Pelabur asing beli bersih ekuiti domestik RM478.2 juta minggu lepas
Majoriti belian bersih itu dicatat pada Khamis dengan nilai RM389.2 juta apabila MPC BNM memutuskan OPR kekal pada 3 peratus.
Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih ekuiti RM394.5 juta minggu lepas - MIDF
Pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lepas selepas penjualan bersih selama dua minggu.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Pelabur asing kekalkan aliran belian bersih bagi minggu keempat berturut-turut
MIDF Research berkata, Selasa lepas menyaksikan aliran masuk dana tertinggi sebanyak RM193.0 juta.