KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan dasar-dasar pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal dalam tempoh jangka panjang, kata Kementerian Kewangan (MoF).
Perkara berkenaan dijangka dapat meningkatkan daya tarikan jangka masa panjang Malaysia kepada pelabur asing seterusnya akan menyumbang terhadap pengukuhan nilai ringgit, katanya.
"Selain itu, Malaysia terus merekodkan kejayaan dalam menarik pelaburan asing dengan pelaburan diluluskan melonjak pada suku pertama tahun ini.
"Perkembangan ini menunjukkan bahawa pelabur semakin yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.
Menurut Kementerian Kewangan, aliran masuk dana dan pelaburan asing ini dijangka berterusan dan ia menyokong pengukuhan nilai ringgit.
MoF berkata sedemikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk memastikan nilai mata wang ringgit terus stabil sekali gus memastikan pelaburan asing keluar dan masuk dalam pasaran ekuiti Malaysia sentiasa konsisten.
Sehubungan itu, Kementerian Kewangan berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.
"Langkah ini termasuk melakukan intervensi untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Kerajaan kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan dasar-dasar pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal dalam tempoh jangka panjang, kata Kementerian Kewangan (MoF). - Gambar hiasan

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

JDT kekang kuasa Buriram di laman sendiri
Pasukan tuan rumah berdepan isu penyudah yang tumpul, selain cabaran untuk mengatasi disiplin bertahan yang kukuh ditunjukkan JDT.

Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan
Bank Negara Malaysia akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.