PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan secara dalam talian dengan syarikat gergasi teknologi Google hari ini.
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
“Apa yang kita fokus sekarang ini ialah pertumbuhan ekonomi dan saya lihat kita menerima banyak minat daripada pelabur asing,” kata beliau pada majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
Anwar juga berkata baru-baru ini, Microsoft telah mengumumkan pelaburan sebanyak RM10.5 bilion di Malaysia.
Berkongsi mengenai lawatannya ke Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini, Anwar berkata negara tersebut telah menyatakan komitmen untuk pelaburan lain di Malaysia melalui syarikat gergasi tenaga boleh baharunya selama 10 tahun di sini.
Beliau turut memuji tahap kepantasan yang ditunjukkan negara itu dari segi kelulusan projek dan mahu Malaysia mencontohinya.
“Dari segi perubahan kecekapan, Arab Saudi yang dahulunya antara negara yang lembap...tetapi pada perjumpaan saya baru-baru ini dengan syarikat ACWA pada sekitar 9 hingga 9.30 pagi bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan pegawai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, mereka telah memaklumkan minat mereka (untuk melabur).
“Pada pukul 8 malam, mereka telah memberikan lampu hijau kepada kita untuk meneruskan pelaburan tersebut,” katanya.
Dilaporkan bahawa syarikat gergasi tenaga boleh baharu yang berpangkalan di Arab Saudi, ACWA Power telah menyatakan minatnya untuk melabur lebih US$10 bilion (US$1=RM4.77) di Malaysia untuk tempoh 10 tahun.
Antara projek yang dicadangkan ialah projek yang akan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan syarikat tempatan, Cypark Resources Bhd.
Anwar juga berkata antara faktor yang menyebabkan Arab Saudi terus melabur di negara ini ialah keyakinannya terhadap Malaysia dari segi politik negara yang stabil, dasar kepimpinan yang jelas dan kecekapan daripada penjawat awam dan syarikat kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024

Anwar, diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. - Facebook Anwar Ibrahim

Zelenskyy kesal ‘bertelingkah’ dengan Trump di White House
Zelenskyy hargai usaha Washington selama ini bantu Ukraine dan kini sedia tandatangan perjanjian mineral yang dicadangkan oleh AS.

Kuching City tambah derita Sri Pahang
Pasukan pelawat turun beraksi dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Yuki Tanigawa pada minit ke-14.

Tiada tarif bagi syarikat asing jika pindah ke AS - Trump
Presiden Trump berkata, syarikat asing yang memindahkan operasi pengeluaran mereka ke AS akan dikecualikan daripada tarif.

Sidang Kemuncak Arab: Ketua PBB tekankan keperluan rangka kerja politik jelas untuk pembinaan semula Gaza
Pemulihan, pembinaan semula dan kestabilan Gaza perlu berlandaskan prinsip undang-undang antarabangsa, tegas Guterres.

Siklon Tropika Alfred mungkin akibatkan 20,000 rumah di Brisbane, Australia banjir
Lebih empat juta orang berada dalam laluan siklon itu ketika ia bergerak menuju pantai tenggara Queensland dan utara New South Wales (NSW).

Sarawak dan Huawei meterai MOU pacu transformasi digital
MOU juga bertujuan menjalin kerjasama untuk memodenkan rangkaian penghantaran bagi menyokong teknologi 5G dan inovasi masa depan di Sarawak.

Kerajaan tidak bercadang semak semula kadar cukai pendapatan syarikat buat masa ini - Kementerian Kewangan
Buat masa ini, kerajaan tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar cukai pendapatan syarikat, menurut Kementerian Kewangan.

Revolusi kewangan United, pejabat London bakal tutup?
Kelab tersebut sedang mengkaji semula keperluan pejabat mereka di London dan potensi penjimatan yang boleh dilakukan.

Presiden Palestin sambut baik pelan Mesir bina semula Gaza, gesa AS sokong
Pemimpin negara-negara Arab berkumpul di Kaherah pada 4 Mac untuk membincangkan satu pelan alternatif bagi membangunkan semula Gaza tanpa mengusir penduduknya.

Imam Besar Al-Azhar seru Sidang Kemuncak Liga Arab ambil 'pendirian sepakat' mengenai Gaza
Imam Besar Al-Azhar, pada Selasa menggesa pemimpin Arab agar mengambil "pendirian sebulat suara" terhadap rancangan untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza.

'Jangan kacau, itu (Bella) saya punya' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengambil peluang menyampaikan baju Melayu berona biru dan merah jambu ketika berpeluang bertemu Perdana Menteri.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

PM arah pemantauan harga makanan di Bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung.

Autonomi Parlimen: Dewan Rakyat lulus RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025
Dewan Rakyat luluskan RUU Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, bertujuan untuk memberi laluan kepada pembentukan Majlis Parlimen Malaysia

PM beri teguran agar tidak sentuh isu 3R
Jelas Perdana Menteri, perkara yang menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Raja tidak seharusnya berulang.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Caruman wajib pekerja asing juga untuk pertahankan kepentingan pekerja tempatan - PM
Anwar berkata, caruman dua peratus itu adalah kadar yang minimum berbanding amalan di negara lain dan tidak bebankan pekerja asing serta majikan.

PM Anwar terima kunjungan delegasi pimpinan Muhammadiyah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat delegasi pimpinan Muhammadiyah, sebuah pertubuhan Islam dari Indonesia yang diketuai Ketua Umumnya Prof Dr Haedar Nashir.