ANKARA: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata, Perikatan Rakyat "mendahului" dalam pilihan raya umum dan presiden Ahad ini, meskipun keputusan rasmi masih belum diumumkan, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Negara kita telah menyempurnakan satu lagi demokrasi dengan mengadakan pilihan raya 14 Mei. Walaupun keputusan yang tepat masih belum jelas, kita mendahului dengan selesa," Erdogan memberi ucapan dari balkoni ibu pejabat Parti Keadilan dan Pembangunan (AK) di Ankara.
Beliau membuat kenyataan itu selepas berjuta-juta pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka memilih presiden dan 600 ahli parlimen.
Erdogan berkata beliau mempunyai lebih kurang 2.6 juta undi berbanding pesaing terdekatnya Kemal Kilicdaroglu, ketua pembangkang utama Parti Rakyat Republikan (CHP).
Menggariskan peratusan keluar mengundi yang besar dalam pilihan raya itu, Erdogan berkata angka itu adalah "antara yang tertinggi dalam sejarah negara."
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap rakyat yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka dengan rekod keluar mengundi mencerminkan keutamaan untuk masa depan negara dan diri mereka sendiri," katanya.
Erdogan juga menegaskan bahawa beliau menghormati kehendak popular dan mengharapkan "kematangan demokratik" daripada semua orang.
"Negara kita mempunyai fungsi yang menjadi contoh kepada dunia dari segi pelaksanaan hak dan kebebasan politik serta kebolehpercayaan sistem pilihan raya.
"Jika keputusan menunjukkan pilihan raya presiden sudah berakhir, tiada masalah. Jika negara kita telah membuat pilihan memihak kepada pusingan kedua pilihan raya, dialu-alukan untuk berbuat demikian.
"Kami percaya kami akan menamatkan pusingan ini dengan memperoleh lebih 50 peratus undi," kata Erdogan.
Pada undian presiden, pengundi memilih antara Erdogan, Kilicdaroglu, dan Sinan Ogan daripada Perikatan ATA (Ancestral).
Seorang lagi pencabar Muharrem Ince,, menarik diri pada Khamis.
Sementara itu, ketua pilihan raya Ahmet Yener berkata tiada kelewatan kemasukan data pilihan raya umum Turkiye pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
"Pada masa ini tiada gangguan atau kelewatan dalam kemasukan data oleh Lembaga Pemilihan Tertinggi," beliau memberitahu pemberita mengenai keputusan pilihan raya presiden dan parlimen pada 14 Mei, yang kini masih dikira selepas pengundian ditutup kira-kira enam jam lebih awal.
Pada masa ini, 12.6 peratus undi luar negara dan 47.08 peratus undi di seluruh negara telah dimasukkan ke dalam sistem.
"Data kami juga dikongsi serta-merta dengan parti-parti politik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 15 2023
Erdogan (kiri) berkata beliau mempunyai kira-kira 2.6 juta undi berbanding pesaing terdekatnya Kemal Kilicdaroglu. Gambar fail ketika diiringi isterinya Emine Erdogan (kanan) pada 29 April 2023. -Gambar fail/Reuters
Tujuh juta orang dewasa di UK miliki aset kripto, kata pengawal selia UK
Satu daripada lapan atau 12 peratus orang dewasa di UK memiliki mata wang kripto, meningkat daripada 10 peratus pada 2022.
AWANI Pagi: PETRA perkasa peralihan ke tenaga boleh baharu
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan pelbagai insiatif dan program dalam usaha perkasa peralihan ke Tenaga Boleh Baharu dan masa depan lestari negara.
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Turkiye sambut ulang tahun ke-101, perkukuh hubungan erat dengan Malaysia
Kedutaan Turkiye di Malaysia menganjurkan majlis resepsi pada Selasa malam bagi meraikan ulang tahun ke-101 republik itu.
[TERKINI] 5 maut, 22 cedera serangan pengganas ke atas Turkish Aerospace Industries
Dua pengganas yang menyerang kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di Ankara telah "ditewaskan."
Presiden Turkiye kecam serangan Turkish Aerospace Industries
Serangan ke atas TAI "mensasarkan kelangsungan negara kita" kata Presiden Erdogan.
Erdogan ucap takziah atas kematian pemimpin Hamas Yahya Sinwar
Erdogan sifatkan pemimpin dan anggota pejuang Hamas yang syahid, sebagai legenda perjuangan Palestin.
Presiden Turkiye kecam kehadiran Perdana Menteri Israel di PBB
Recep Tayyip Erdogan menyifatkan kehadiran Benjamin Netanyahu sebagai 'memalukan'.
Erdogan kecam UNSC kerana gagal hentikan perang di Gaza
Recep Tayyip Erdogan mengkritik UNSC kerana gagal menghentikan apa yang disifatkannya sebagai "genosid" di Semenanjung Gaza.
Turkiye akan terus tingkatkan tekanan ke atas Israel - Presiden Erdogan
Erdogan maklumkan kepada Presiden Mahmoud Abbas, Turkiye akan terus sokong perjuangan Palestin.
Turkiye isytihar hari berkabung selepas kematian Ismail Haniyeh
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata hari berkabung itu juga sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Gaza telah jadi ‘kem penghapusan terbesar dunia’ - Presiden Turkiye
Kekejaman dan barbarisme Israel dihentikan dengan segera, sebelum terlambat, tegas Erdogan.
Turkiye mungkin masuki Israel untuk bantu rakyat Palestin - Erdogan
"Kita mesti kuat supaya Israel tidak boleh melakukan perkara yang tidak masuk akal ini kepada Palestin."