Dalam masa sama, Harris menegaskan, Israel juga tidak boleh menduduki semula wilayah Palestin sebaik sahaja konflik berakhir.
Bercakap dalam satu cara anjuran National Association of Black Journalists, Harris menggesa gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Hamas dari Palestin selain penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
"Kami telah menjelaskan dengan jelas bahawa perjanjian ini perlu dilakukan demi kepentingan semua orang di rantau ini," kata Naib Presiden AS itu sebagai menjawab soalan yang ditanya oleh tiga wartawan.
Sekurang-kurangnya 41,252 orang terbunuh dan 95,497 cedera dalam serangan Israel di jalur yang dikuasai Hamas sejak 7 Oktober tahun lalu, kata kementerian kesihatan Gaza.
Peperangan tercetus pada tarikh berkenaan apabila Hamas menyerang Israel dan membunuh 1,200 orang, kebanyakannya orang awam serta menawan 250 tebusan, menurut pengiraan Israel. - Agensi