ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, beliau akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kumpulan pejuang Palestin Hamas, Ismail Haniyeh, hujung minggu ini.
“Pemimpin perjuangan Palestin akan menjadi tetamu saya hujung minggu ini,” Erdogan yang juga seorang pengkritik lantang Israel kepada Ahli Parlimen Turki, di sini, pada Rabu.
Walaupun tidak menyebut lokasi pertemuan itu, seorang pegawai kanan Turki berkata, kedua-dua pemimpin berkenaan dijangka akan mengadakan perbincangan pada Sabtu ini di Istana Dolmabahce, di sini.
“Saya akan kekal dan meneruskan sokongan mempertahankan perjuangan Palestin dan menjadi suara rakyat Palestin yang tertindas selagi Tuhan memberikan saya nyawa,” kata Presiden Turki itu sambil menggelar Hamas sebagai “kumpulan penentang."
Menteri Luar Turki, Hakan Fidan yang berada di Qatar pada Rabu berkata, beliau menghabiskan masa selama tiga jam bersama Ismail dan pembantunya untuk "bertukar pandangan yang mengenai rundingan gencatan senjata".
Pada Rabu, Qatar yang juga ‘orang tengah’ antara Israel dan Hamas mengakui rundingan untuk menamatkan permusuhan di Gaza dan membebaskan tebusan "terhenti."
Hakan yang bercakap dengan Haniyeh yang menetap di Qatar mengenai bagaimana Hamas "mesti menyatakan dengan jelas harapannya, terutamanya mengenai penyelesaian dua negara."
Pertemuan terakhir Erdogan dengan Ismail ialah pada Julai 2023 apabila Erdogan menjadi tuan rumah Ismail dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di istana presiden di Ankara.
Sementara pertemuan kali terakhir antara Ismail dan Hakan pula ialah di Turki pada 2 Januari lalu. - AFP
Agensi
Wed Apr 17 2024
Gambar fail menunjukkan pertemuan terakhir Erdogan (tengah) dengan Ismail (kanan) dan Mahmoud Abbas di istana presiden di Ankara pada Julai 2023. - Gambar REUTERS
Gema Syukur 2025 bawakan pengisian menarik sempena tahun baharu - Mohd Na'im
Program itu merupakan alternatif bagi masyarakat untuk mengimarahkan masjid melalui pelbagai pengisian program yang bermanfaat.
Beri perhatian penuh kepada rakyat, pesan Tun Juhar
Juhar berkata, tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih oleh Sabah sepanjang 14 tahun tempoh pentadbirannya.
Polis sahkan seorang OKT meninggal di lokap balai polis
Menurut Ketua Polis Kelantan, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.
Presiden Indonesia arah tindakan terhadap amalan penambahan anggaran
Beliau menyatakan, langkah pencegahan telah dilaksanakan untuk mengelakkan 'mark up', termasuk program pendigitalan untuk perolehan.
Thailand atasi cabaran hebat Filipina untuk ke pentas final
Pemain gantian, Suphanat Mueanta muncul wira pasukan Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 3-3.
Jasa Tun Juhar amat besar kepada Sabah - Hajiji
Juhar menyaksikan pelbagai insiden di Sabah yang melibatkan kerencaman dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.
MEF lantik Sheikh Farouk sebagai CEO berkuat kuasa 1 Januari 2025
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) melantik Sheikh Farouk Sheik Mohamed sebagai ketua eksekutifnya berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Pos Felda Selatan bernilai RM1.8 juta tingkat keselamatan di sempadan Sabah
Pewujudan Pos Imbangan Tentera Felda Selatan bernilai RM1.8 juta yang siap pada 27 Sept lepas dijangka mampu meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara di Sabah.
Pelicot tidak akan rayu hukuman penjara 20 tahun atas kesalahan rogol
Dominique Pelicot telah memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya.
Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.
Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna, kata Majlis Pelarian Norway.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).