WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan terkena tembakan pada bahagian telinga kanannya dan beliau dalam keadaan baik selepas kejadian tembakan yang mengakibatkan kematian pada Sabtu semasa perhimpunan kempennya di Pennsylvania, menurut Agensi Anadolu.
"Sungguh luar biasa tindakan sebegini boleh berlaku di negara kita. Tiada apa yang diketahui mengenai penembak itu buat masa ini, yang kini telah meninggal dunia. Saya ditembak dengan peluru yang menembusi bahagian atas telinga kanan saya.
"Saya segera tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena kerana saya mendengar bunyi berdesing, tembakan, dan serta merta merasakan peluru itu menembusi kulit. Banyak pendarahan berlaku, jadi saya menyedari apa yang berlaku," tulis calon Presiden AS itu di platform media sosialnya, Truth Social.
Menurut rakaman, detik awal kejadian tembakan bermula dengan bunyi tembakan kedengaran. Tidak lama kemudian, Trump dilihat mengangkat tangan ke bahagian kanan kepalanya dengan telinga kanan yang berdarah ketika beliau dibawa keluar dari pentas di Butler.
Perkhidmatan Rahsia AS dalam kenyataan di X memaklumkan suspek penembak yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah pentas sehingga mencederakan Trump semasa perhimpunan kempennya telah ditembak mati.
Ketua Komunikasi Perkhidmatan Rahsia AS, Anthony Guglielmi berkata seorang penonton terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kejadian itu.
Kejadian itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Sementara itu, Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin dalam satu kenyataan berkata: "Seluruh Jabatan Pertahanan mengutuk keganasan ini yang sama sekali tidak mempunyai tempat dalam demokrasi kita".
Bekas Presiden AS Barack Obama turut menyatakan kecamannya berhubung insiden itu.
"Walaupun kita masih belum mengetahui dengan tepat apa yang berlaku, kita semua harus berasa lega kerana bekas Presiden Trump tidak cedera parah, dan menggunakan masa ini untuk komited semula kepada kesopanan dan rasa hormat dalam politik kita. Michelle dan saya mendoakan agar beliau cepat sembuh," menurutnya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 14 2024
TRUMP: Saya segera tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena kerana saya mendengar bunyi berdesing, tembakan, dan serta merta merasakan peluru itu menembusi kulit. (Foto AP)
Taufan Yinxing dikesan bergerak menghala utara Sabah
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan Yinxing yang dikesan kira-kira 1,313 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat, Sabah.
Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Ikuti liputan wartawan Astro AWANI mengenai siasatan Pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang sekali lagi hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Jumaat untuk direkod keterangan mereka.
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
[TERKINI] Mahkamah perintah Muhyiddin bayar RM1.35 juta kepada Guan Eng
Pantau Belanjawan: Tinjauan IPSOS: Menilai sentimen positif rakyat, realiti atau ilusi?
Adakah rasa optimis yang kian meningkat ini hasil daripada dasar-dasar kerajaan atau hanyalah cerminan prestasi ekonomi jangka pendek? Bagaimana sentimen rakyat ini dibandingkan dengan negara jiran di Asia Tenggara, dan adakah ia akan berdaya tahan? Ikuti diskusi mendalam di Pantau Belanjawan.
Enlarging the economic pie amidst crisis emergence
Join Ibrahim Sani in conversation with Taras Kachka, Ukraine’s Deputy Minister of Economy, as they discuss strategies for fostering trade growth and expanding economic opportunities amid emerging crises. Don’t miss this insightful episode of The Economy.
Ina Naim kembali bergelar isteri, selamat disatukan dengan Mohd Khairul Rizal
Rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan di samping menzahirkan ucapan tahniah buat Ina dan suami.
Apple dilapor melabur AS$10 juta di Indonesia untuk bolehkan iPhone 16 dijual
Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
iOS 18 jadikan sistem sekuriti iPhone semakin sukar ditembusi pihak berkuasa
Peranti dalam mod AFU diperlukan bagi memudahkan sistem memintas sekuriti seperti Celebrite boleh digunakan bagi menyahkunci dan kemudiannya membaca kandungan telefon yang sedang disiasat.
Marissa Wong 'gadis tandas' raih perhatian di TikTok
Pempengaruh angkat isu kebersihan tandas awam dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap isu yang kerap kali dianggap remeh.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia - IRIS Institute
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS hanya akan memperkukuhkan kedudukan Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin.
Trump akan perkukuh hubungan dengan sekutu di Asia Barat, tekan Hamas - Pakar
Presiden Terpilih AS, Donald Trump dijangka akan memulakan pentadbirannya dengan memperkukuh hubungan dengan sekutunya di Asia Barat.
Biden seru 'peralihan kuasa yang aman dan teratur' susulan kemenangan Trump
Biden telah berbincang dengan Trump untuk meyakinkan bahawa beliau telah mengarahkan kakitangannya pastikan peralihan berjalan lancar.
Trump bukan punca keamanan untuk umat Islam – IKMAS UKM
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2024 tidak boleh dilihat sebagai suatu berita baik yang akan membuahkan keamanan di negara-negara Islam.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Donald Trump - PM Anwar
Perdana Menteri berharap sesuatu yang baik dapat dicapai daripada kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Keakraban Malaysia-China tak bermaksud sebelahi mana-mana pihak - PM Anwar
Anwar menegaskan Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip pertengahan dan berhubung baik dengan mana-mana negara.
Pasaran saham AS lonjak ke paras tertinggi berikutan keyakinan terhadap kemenangan Trump
Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 1,508.05 mata atau 3.57% kepada 43,729.93. SP 500 menambah 146.28 mata atau 2.53%.
Amerika kekal rakan dagangan utama, pelabur terbesar di Malaysia - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, AS dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi serta perkongsian perdagangan yang terjalin sejak sekian lama.