Kejadian tragis itu berlaku pada 9 Dis di Lunenburg County, Virginia.
Ketika kejadian, sekumpulan pemburu menjejaki seekor beruang yang kemudiannya memanjat pokok untuk melarikan diri.
Seorang daripada pemburu bertindak menembak haiwan itu, yang kemudiannya terjatuh dan menimpa seorang pemburu lain.
Lester C. Harvey, 58, menerima rawatan kecemasan di tempat kejadian serta di dua hospital sebelum meninggal dunia pada Jumaat akibat kecederaan yang dialami, menurut jabatan hidupan liar tempatan.
Musim memburu beruang di Virginia berbeza mengikut kawasan dan jenis senjata, namun lazimnya berlangsung antara September atau Oktober hingga Januari.
Setiap pemburu berlesen dibenarkan memburu seekor beruang setahun, tetapi pemburuan terhadap beruang betina yang mempunyai anak adalah dilarang.
-- BERNAMA