Ketua Polis Daerah Deli Serdang, Raphael Sandy Cahya Priambodo berkata, suspek bakal dikenakan hukuman penjara maksimun 15 tahun penjara.
"Suspek akan dikenakan hukuman menurut Pasal 80 Ayat 3 UU RI No 35 Tahun 2014, pindaan atas UU RI No 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak. Ancaman hukuman maksimum 15 tahun penjara," katanya kepada wartawan pada Isnin lalu.
Sebelum itu, dalam kejadian pada 19 November lalu, mangsa, Rindu Syahputra Sinaga bersama lima pelajar lain dihukum melakukan 'squat jump' oleh suspek kerana gagal menghafal nama-nama nabi.
Mangsa kemudiannya dilaporkan sakit di bahagian paha dan demam hingga meninggal dunia di sebuah hospital pada 26 September lalu.
Sebelum itu, ibu mangsa, Yuliana berkata, anaknya ada berpesan supaya gurunya itu dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.
"Anak saya waktu masih sakit bilang 'mak penjarakan lah guru itu mak, jangan biarkan dia bebas,". - Sinar Harian memetik agensi