KUALA PILAH: Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah di sini ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, hanya orang terdekat dengan Allahyarham dan mereka yang berada di lokasi kejadian yang mengetahui apa sebenar berlaku.
"Jadi saya harap benda ini tak ditularkan dengan salah dan saya dah jumpa keluarga dan mereka menyatakan menerima apa yang terjadi ini sebagai takdir," katanya ditemui pemberita di Unit Perubatan Forensik, Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini pada Jumaat.
Tambah beliau, pihak sekolah juga memaklumkan yang pelajar tersebut tidak pernah menunjukkan tanda-tanda sakit ketika di sekolah.
Malah katanya, ketika kejadian, pihak guru juga sedaya upaya menyelamatkan Allahyarham, tetapi dia tidak menunjukkan tindak balas yang baik.
Beliau juga difahamkan ketika kejadian keadaan cuaca tidak begitu panas.
Sebelum itu Bibi Sharliza meluangkan masa beberapa minit bertemu dengan ibu Allahyarham yang jelas kelihatan sugul.
Bagaimanapun wanita terbabit enggan ditemu bual media kerana belum bersedia dan masih sedih dengan pemergian Allahyarham. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 19 2024

Bibi Sharliza berkata, hanya orang terdekat dengan Allahyarham dan mereka yang berada di lokasi kejadian yang mengetahui apa sebenar berlaku. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
JPNS memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.

Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuhi garis panduan anjur aktiviti luar
Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.

Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.

Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.

Pelajar lelaki meninggal dunia ketika merentas desa di Terengganu
Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di sini, meninggal dunia ketika sedang menjalani latihan merentas desa pagi tadi.