SEREMBAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.
Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini.
"Bagi pihak kita, semua prosedur telah dibuat sebelum sebarang aktiviti dilaksanakan termasuk memastikan semua peralatan dan keadaan cuaca diambil kira oleh pihak sekolah. Kita mematuhi sepenuhnya panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Gentam, Kuala Pilah dekat sini yang merupakan pesakit jantung berlubang, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa, semalam.
Berhubung perkara itu, Roslan berkata siasatan masih dijalankan dan orang ramai diminta tidak gusar dengan sebarang tindakan dilakukan pihak sekolah kerana segala perubahan adalah bagi memastikan program pendidikan dilaksanakan dengan baik.
Beliau turut meminta supaya diberikan kepercayaan kepada guru kerana golongan itu sentiasa memastikan elemen keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum dan kurikulum sama ada di peringkat sekolah dan luar sekolah dipatuhi.
"Guru-guru telah diberikan panduan sewajarnya, JPNS juga sentiasa memastikan guru mematuhi Surat Pekeliling dan mana-mana yang didapati tidak patuh kepada peraturan berkenaan akan diambil tindakan tegas," katanya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab semalam dilaporkan berkata keterangan bapa pelajar itu mendapati anaknya menghidap jantung berlubang pada 2016 dan mempunyai kad rawatan dari Institut Jantung Negara (IJN) selain sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

Pengarah JPNS Datuk Dr Roslan Hussin berkata ibu bapa dan penjaga juga digesa memaklumkan status kesihatan anak mereka bagi memastikan segala maklumat berkaitan diambil maklum pihak sekolah sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini. - BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

12 murid dijangkiti HMFD, sebuah SJKC di Bahau ditutup
Sebuah SJKC di Bahau diarah tutup selama empat hari selepas 12 muridnya dikesan dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pelajar perlu jelaskan status kesihatan sebelum sertai aktiviti sekolah - JPNS
JPNS memohon pelajar untuk menjelaskan status kesihatan masing-masing kepada pihak sekolah sebelum menyertai sebarang program di dalam dan luar bilik darjah terutama melibatkan aktiviti fizikal.

Murid tiada dokumen kewarganegaraan, KPM cari jalan penyelesaian
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan cari jalan penyelesaian bagi membolehkan murid berkenaan meneruskan persekolahan seperti biasa.

100 murid di Bahau disyaki keracunan makanan
Kira- kira 100 murid dari sebuah sekolah di Bahau, Jempol disyaki mengalami keracunan makanan selepas mengalami gejala cirit-birit dan muntah-muntah.