Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 22 orang maut dan sekitar 130 orang cedera akibat runtuhan bangunan sekolah di Jos, Nigeria.
- Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint Academy semasa sesi pembelajaran, dengan anggaran 200 pelajar terperangkap.
- Bangunan dua tingkat itu runtuh selepas hujan lebat, dan siasatan sedang dijalankan mengenai punca kejadian, termasuk isu struktur bangunan lemah dan bahan berkualiti rendah.
Sekitar 130 orang kini dirawat di hospital berdekatan, dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pelajar dan kakitangan sekolah, lapor agensi berita Jerman dpa.
Kejadian berlaku di Sekolah Menengah Saint Academy di bandar Jos, menurut pegawai maklumat dan komunikasi negeri Plateau, Musa Ibrahim Ashoms.
Jumlah kematian dijangka meningkat dengan anggaran 200 pelajar dipercayai terperangkap di bahagian bangunan runtuh itu.
Bangunan dua tingkat itu runtuh selepas hujan lebat melanda kawasan itu. Siasatan mengenai punca kejadian telah dijalankan.
Sebelum ini, Nigeria menyaksikan beberapa insiden yang sama hingga mengorbankan nyawa disebabkan struktur bangunan lemah, penggunaan bahan yang tidak berkualiti dan rasuah.
-- BERNAMA