KANO (Nigeria): Sekurang-kurangnya 90 orang terbunuh dan 50 yang lain cedera apabila sebuah lori tangki bahan api meletup di barat laut Nigeria, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan polis pada Rabu.

Jurucakap polis Lawan Adamu berkata letupan berlaku di sepanjang lebuh raya Kano-Hadejia di kawasan pentadbiran tempatan Taura di negeri Jigawa.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada Selasa malam dengan letupan itu mencetuskan kebakaran besar yang marak sehingga 3.15 pagi (0215GMT) pada Rabu.

-- BERNAMA