KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah memandang serius kes keganasan membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditemukan maut di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu pada Jumaat lepas.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Fairuz Renddan berkata perkara sedemikian dapat dielak sekiranya pelajar dan penghuni mempunyai disiplin dan semangat toleransi tinggi selain melaporkan segera sebarang perselisihan faham dalam kalangan penghuni asrama.
"Ini penting agar insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Lahad Datu tidak berulang pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Fairuz berkata pihak sekolah serta Jabatan Pendidikan Sabah perlu memberi perhatian terhadap kes buli fizikal yang dilaporkan berlaku di sekolah menengah di negeri itu.
"Pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan juga diminta memastikan tindakan disiplin diambil terhadap pelajar yang bersalah serta tidak berkompromi dengan salah laku buli dan keganasan melibatkan pelajar sekolah," katanya.
Pada Jumaat lepas, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di atas lantai bilik asrama kolej vokasional itu pada 6.50 pagi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024

Pada Jumaat lepas, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan serta lebam di atas lantai bilik asrama kolej vokasional itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sabah pandang serius kes keganasan babitkan pelajar sekolah
Kerajaan Negeri Sabah memandang serius kes keganasan membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditemukan maut di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu.