JEDDAH: Sekretariat Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membantah dan mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Kewangan Israel Bezalel Smotrich yang menafikan kewujudan Palestin, sejarah dan hak mereka.
OIC menganggap kenyataan itu sebagai sebahagian daripada naratif palsu dan ideologi penjajah Zionis yang menjadi dasar pembinaan Israel yang terus mengamalkan pembersihan etnik, pemindahan secara paksa, penempatan penjajah, pembunuhan dan penganiayaan terhadap rakyat Palestin.
"OIC juga mengecam keputusan pihak berkuasa Israel menutup pejabat perkhidmatan media rasmi Palestin di bandar Al-Quds, yang disifatkan sebagai sebahagian daripada pencabulan Israel terhadap kebebasan media.
"Dasar Israel menafikan kebenaran, menyekat suara orang ramai, menyembunyikan pencabulan dan jenayah mereka serta menghalangnya dari didedahkan kepada umum," menurut OIC dalam satu kenyataan kepada Bernama.
Smotrich yang juga bertanggungjawab mentadbir wilayah Tebing Barat membuat komen itu semasa berucap di persidangan di Perancis pada Ahad.
"Adakah terdapat sejarah atau budaya Palestin? Tidak ada.
"Tidak ada yang namanya rakyat Palestin," kata menteri kewangan itu dalam rakaman yang dikongsi secara meluas di media sosial.
OIC mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin, mengesahkan kredibiliti dan naratif Palestin berdasarkan sejarah, perundangan, politik, budaya dan agama serta fakta yang menjangkau beribu-ribu tahun dahulu.
Sementara itu, Indonesia yang juga anggota OIC, melalui Kementerian Luar turut mengkritik kenyataan menteri Israel itu.
"Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Menteri Kewangan Israel yang menafikan kewujudan Palestin dan mengecam kewujudan dan kedaulatan wilayah Jordan.
"Indonesia sentiasa konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menghormati kedaulatan wilayah Jordan," menurut kementerian itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Smotrich yang juga bertanggungjawab mentadbir wilayah Tebing Barat membuat komen itu semasa berucap di persidangan di Perancis pada Ahad. - Foto REUTERS
31 warga Myanmar ditahan cuba masuk Malaysia secara haram
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 31 pendatang tanpa izin berhampiran sempadan Malaysia-Thailand dekat Bukit Kayu Hitam, hari ini.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Segera bina kolam bawah tanah, usah 'bazir' beri peruntukan mangsa banjir - Penganalisis
Prof Madya Ir Dr Mohd Fadhil Md Din berpandangan, ia terbukti apabila banyak projek kediaman dibangunkan tanpa ada tambahan saliran atau kolam tadahan baharu.
Kes bunuh Nhaveen: Mahkamah Rayuan arah 4 individu bela diri
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan empat individu untuk membela diri atas pertuduhan asal membunuh T. Nhaveen di Pulau Pinang tujuh tahun lepas.
AWANI 7:45 [13/1/2025] – Tidak Ada Sijil Halal | Bukit Aman Siasat KJ | JPJ Gempur Puspakom | Makin Buruk
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jakim sahkan sandwic ham dan keju di UM tiada sijil halal
- Titah adendum: Dakwa dua menteri cuba sembunyi, polis siasat KJ
- Banyak sangat keciciran, kerajaan mahu wajibkan sekolah menengah
- Kebakaran di Los Angeles memburuk, korban meningkat ke 24 orang
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Kelantan peruntuk RM41 juta kepada PBT tahun ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM41 juta kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tahun ini termasuk bagi menggiatkan lagi kempen 'Kelantanku Bersih'.
ASEAN harus perkukuhkan amalan kemampanan untuk penuhi visi Komuniti ASEAN 2045 - Setiausaha Agung
ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
Gempa bumi 6.9 magnitud landa Kyushu Jepun, amaran tsunami dikeluarkan
Gempa bumi dengan magnitud awal 6.9 melanda wilayah Kyushu di selatan Jepun pada Isnin, kata Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Cuba sogok anggota polis, SPRM tahan dua warga asing
SPRM menahan dua warga asing disyaki cuba memberi sogokan RM1,000 kepada anggota polis bagi mengelak ditahan atas kesalahan memandu motosikal tanpa lesen dan nombor plat tidak lengkap, semalam.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam penerbitan peta Israel yang mendakwa mempunyai "hak wilayah bersejarah" di Palestin dan sebahagian besar Jordan, Lubnan dan Syria.
Angka kematian di Gaza akibat serangan Israel melebihi 46,000 orang
Angka kematian sejak 7 Okt 2023 mencecah 46,006 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita; kira-kira 109,378 orang lagi cedera.
Israel terus bantai Gaza, puluhan lagi nyawa syahid
Serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang di sebuah rumah bertingkat di kawasan Sheikh Radwan di Gaza City.
Penjara Israel cuai didakwa punca bekas banduan Palestin maut
Ismail disahkan menghidap leukemia dan tidak dikesan atau dirawat sewajarnya semasa beliau berada dalam tahanan.
Qatar sahkan rundingan gencatan senjata masih berlangsung
Rundingan antara pejuang Hamas dan Israel untuk mencapai perjanjian gencatan senjata masih diteruskan.
Hamas tegas syarat hentikan serangan Gaza untuk bebas tahanan
Hamas pada Selasa menegaskan bahawa Israel mesti menghentikan sepenuhnya serangan ke atas Gaza.
Utusan Trump harap ada kemajuan konflik Gaza menjelang hari pelantikan
Terdapat banyak kemajuan dibuat semasa rundingan yang berlangsung di Doha, Qatar.
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hassan Nasrallah dibunuh di bilik operasi perang Hezbollah ketika diserang Israel
Ketika tentera Israel melakukan serangan, Allahyarham Hassan Nasrallah dan pegawai kanan lain sedang bermesyuarat di lokasi bawah tanah.