Katanya, terdapat banyak kemajuan dibuat semasa rundingan yang berlangsung di Doha, Qatar.
Doha telah menjadi lokasi rundingan mengenai gencatan senjata dalam perang Gaza, termasuk usaha membebaskan tahanan yang diculik oleh Hamas dalam serangan mereka ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.
Qatar, bersama Mesir dan AS, telah menjadi perantara dalam rundingan antara Israel dan Hamas.
Witkoff juga menyatakan beliau bercadang untuk kembali semula ke Doha sama ada pada Selasa atau Rabu ini.
Beliau turut berharap menjelang hari pelantikan Trump, pihaknya akan mempunyai pengumuman positif untuk dibuat bagi pihak presiden.
Trump sebelum ini mengulangi ancamannya bahawa huru-hara besar akan berlaku di Asia Barat jika Hamas tidak membebaskan tahanan sebelum beliau memegang jawatan.
Lebih daripada 100 tahanan telah dibebaskan melalui rundingan atau operasi penyelamatan tentera Israel.
Daripada 101 tahanan yang masih ditahan di Gaza, kira-kira separuh dipercayai masih hidup.
Kempen ketenteraan Israel terhadap Hamas telah mengorbankan lebih 45,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam.
Ia turut menyebabkan hampir seluruh populasi Gaza kehilangan tempat tinggal dan menghancurkan sebahagian besar wilayah tersebut.
