BANGKOK: Mayat dua pekerja Thailand yang maut dalam serangan roket di wilayah Eshkol, selatan Israel pada Selasa akan diterbangkan ke negara asal mereka.
Sementara itu, lapan pekerja Thailand yang lain, termasuk seorang cedera parah kini dirawat di Be'er Sheva dan sebahagiannya sudah dibenarkan keluar hospital.
Jurucakap Kementerian Luar Tanee Sangrat berkata, Kedutaan Thailand di Tel Aviv sedang berhubung dengan pihak berkuasa buruh wilayah untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa.
"Kami sedang menguruskan untuk menghantar mayat pulang," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Dua pekerja Thailand terbunuh, 8 cedera dalam serangan di selatan Israel
Dua pekerja terbunuh manakala lapan yang lain cedera dalam satu serangan roket di Ohad, di wilayah Eshkol, kira-kira 14 kilometer dari Gaza, dalam kejadian 2.35 petang (waktu tempatan) pada Selasa.
Mereka yang maut dikenali - Veerawat Karanborirak, 44, dari wilayah Phetchabun, dan Sikharin Sangamram, 24, dari Buriram. Sementara mangsa yang cedera termasuk seorang wanita berusia antara 26 hingga 40 tahun.
Menteri Buruh Suchart Chomklin berkata Israel akan membayar pampasan kepada keluarga mangsa.
Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha turut mengucapkan takziah kepada keluarga dua pekerja Thailand itu.
Sehingga kini, terdapat kira-kira 25,000 rakyat Thailand bekerja di sektor pertanian di Israel.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 20 2021
Mereka yang maut dikenali sebagai Veerawat Karanborirak dan Sikharin Sangamram. (Foto AP)
Harga biji kopi meningkat, pemilik kafe perlu kaji semula penetapan harga
Kos biji kopi dijangka terus meningkat pada 2025 disebabkan keadaan cuaca buruk dan kekurangan bekalan.
Penduduk Orang Asli harap projek jalan bersepadu dilaksanakan segera
Komuniti Orang Asli di Gua Musang, termasuk Pos Bihai, Pos Balar, dan Pos Belatim, memohon projek jalan ditingkatkan bagi memudahkan akses harian selepas musim tengkujuh.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar esok
Pendengaran yang pada asalnya dijadualkan pada 5 Dis tahun lalu akan dimulakan pada pukul 9 pagi di hadapan panel tiga hakim.
ATM sahkan insiden kekecohan libatkan warga Palestin di WTKL
Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan.
Kemelut kewangan Barcelona buat masa depan Dani Olmo tersepit
Pemain itu menyertai kelab itu dari RB Leipzig dalam perjanjian bernilai AS$60 juta (RM270j) pada musim panas lalu.
Kelincahan Savinho pastikan Manchester City kembali memukau
The Citizens memulakan 2025 dengan kemenangan selesa di Stadium Etihad, meraih kemenangan berturut-turut EPL.
AWANI Ringkas: Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ini tidak adil, kata Arteta
Mikel Arteta meluahkan kekecewaannya terhadap hukuman sepakan penalti yang dilabelnya keras ketika Arsenal seri 1-1 di Brighton.
#AWANIRingkas 5 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Januari 2025
1️⃣ Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
2️⃣ Penganalisis jangka pasaran kekal berhati-hati
3️⃣ Polis rakam percakapan tiga individu
#awaniringkas
1️⃣ Berjaya tingkatkan gaji pekerja swasta
2️⃣ Penganalisis jangka pasaran kekal berhati-hati
3️⃣ Polis rakam percakapan tiga individu
#awaniringkas
Nahas KM204: Polis temukan rim besi dipercayai milik tayar lori punca kemalangan
Polis telah menemukan komponen rim besi yang dipercayai berasal daripada tayar lori yang menjadi punca kemalangan.
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
IDF kongsi rakaman operasi ketenteraan di Gaza
Menerusi rakaman, tentera Israel menunjukkan operasi di bangunan yang musnah sambil melepaskan tembakan.
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Laporan turut mendedahkan 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad.
Houthi dakwa sistem pertahanan AS, THAAD lemah
Israel perlu menyedari tiada sistem pertahanan yang mampu sepenuhnya melindungi mereka daripada peluru berpandu berkelajuan hipersonik.
IOM beri amaran kesan buruk musim sejuk terhadap penduduk di Gaza
IOM amat bimbang dengan kesan buruk hujan musim sejuk dan suhu beku ke atas penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza.
Malaysia kutuk sekeras-kerasnya keganasan, kekejaman berterusan di Gaza
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan dan bersasar oleh rejim Zionis Israel ke atas orang awam di Gaza.
Pencerobohan Israel berterusan di selatan Lubnan ketika ketegangan meningkat di Naqoura
Tindakan ini menyebabkan kelewatan kemasukan Tentera Lubnan ke bandar terbabit, yang juga merupakan lokasi ibu pejabat UNIFIL Khamis lalu.
Israel terus langgar gencatan senjata, bakar rumah di selatan Lubnan
Dalam pelanggaran terbaru terhadap gencatan senjata yang bermula pada 27 November 2024, tentera Israel telah menyerang dan membakar rumah di selatan Lubnan.
Pegawai PBB: Israel tolak lebih 140 permohonan akses ke utara Gaza
Kenyataan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan Pejabat PBB bagi OCHA, Jonathan Whittall, pada Selasa.